Gerakan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender) Mula Mengganas!!!!! Hati Hati !!!!!!

0 comments



Ketika Paul Wolfowitz memberi dana dan sokongan kepada kaum Gay Turki, ramai pemerhati dan pemikir mengambil kesimpulan bahawa Paul Wolfowitz juga adalah seorang gay.klik sini

Bagaimana tidak jikalau Wolfowitz sentiasa membacking golongan gay termasuk berdiri kuat di belakang Anwar Ibrahim yang disahkan mengamalkan kegiatan homoseksual 10 tahun yang lepas.klik sini

Sebuah pertubuhan GAY Filipina, The Progressive Organization of Gays in the Philippines atau diringkas menjadi PROGAY Philippines pula berdemonstrasi menyokong Anwar ketika pertama kali Anwar dituduh melakukan homoseksual. Kenapa persatuan Gay ini menyokong Anwar jikalau Anwar tidak terlibat dalam kegiatan homoseksual. Hanya golongan gay sahaja yang kenal golongan mereka. Maka dengan itulah sokongan dan demonstrasi dibuat. Klik di sini untuk melihat demonstrasi PROGAY tersebut.






Lebih daripada itu, laman web Gay Asia Fridae.com juga pernah menyiarkan artikel tentang sokongan mereka terhadap Anwar. Klik di sini. Jikalau mereka (Gay) mampu dan redha menyuarakan sokongan terbuka kepada Anwar, berkemungkinan besar mereka mengenali Anwar lebih banyak berbanding penyokong Anwar yang membabi buta terus menyokong tanpa mengkaji. Laman Web ini secara jelas mengklaim bahawa Anwar memang seorang Gay. Sesungguhnya golongan Gay berani dan secara terbuka mendakwa mereka adalah Gay!. Demikian juga mereka kenal kawan-kawan mereka yang Gay.

Kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) merupkan suara yang terbuka dan sudah jelas bermaharajalela masa kini. Kita takuti jikalau suara ini mendominasi dunia, tidak hairan pristiwa dunia ditebalikkan sepertimana Kaum Sodomi yang mengamalkan homoseksual mungkin sekali lagi akan berlaku. Kita takut jikalau Anwar yang jelas disabitkan kesalahan meliwat 10 tahun lepas itu menjadi tokoh penting yang akan membebaskan dan memerdekakan golongan homoseksual ini di Malaysia. Malah peranan yang Anwar mainkan bukan setakat di Malaysia, malah seantero dunia kerana dibelakangi oleh tangan-tangan tersembunyi.klik sini untuk melihat sejarah kaum sodom yang mengamalkan homoseksual. Sesungguhnya sejarah itu berulang, kini tokoh itu ada di Malaysia!!!!






Di Malaysia, gesaan LGBT ni mula masuk melalui pesta "Seksualiti Merdeka". Inipun disebabkan adanya badan-badan NGO (Civil Society) seperti Human Rights Committee of the Malaysian Bar, SUARAM, PT Foundation, KRYSS, Women's Candidacy Initiative, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Purple Lab, Matahari Books, Sisters In Islam, Women's Aid Organisation, Amnesty Internationaland The Annexe Gallery. Badan-badan NGO inilah yang sebenarnya diingini oleh Anwar dalam agenda demokrasi plan Amerika.

Dalam plan itu, demokrasi mengandungi beberapa aspek iaitulah : (lihat no.2)
1. Kebebasan untuk menyuarakan pendapat
2. Perbanyakkan civil society : Masyarakat Madani
3. Kebebasan yang bersifat pluralistik
4. Kebebasan beragama

Perhatikan no.2 berkenaan dengan civil sosiety. NGO-NGO (civil sosiety) yang memperjuangkan hak asasi songsang ini sebenarnya mahu mewujudkan undang-undang dan akta yang mengiktiraf golongan homoseksual. Dengan pengikitirafan ini, golongan ini akan mudah untuk mengamalkan seksual songsang secara terbuka. malah akan berjaya membuka salyran tv tersendiri. Inilah namanya demokrasi plan agenda tersembunyi Amerika untuk mewujudkan kembali zaman sodomi. klik di sini

Pada 10 June 2010, komuniti gay di Malaysia yang memperjuangkan LGBT ini telah menghantar memorandum kepada SUHAKAM berkenaan dengan diskriminasi yang diterima oleh LGBTIQ di Malaysia. Alasan utama komuniti ini adalah hak asasi manusia. Sekali lagi kumpulan songsang ini menggunakan status "Hak Asasi" manusia untuk terus diiktiraf. Pada mereka, perbuatan meliwat dan kegiatan homoseksual atau biseksual itu adalah hak individu manusia. Sedangkan pada hakikatnya ia mencabuli hak normal manusia dalam seksiologi!! Klik sini untuk melihat memorandum tersebut.Ini senada dengan Anwar Ibrahim dalam Hak asasi manusia! klik sini

Malah dengan jelas lagi nyata, Anwar tanpa segan silu menghadiri Festival Q yang dihadiri oleh golongan LGBT di Indonesia. Festival Q yang bermula pada 24hb September hingga Oktober adalah pesta filem bagi golongan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual and Transexuals). Di Jakarta, Anwar menetap di Hotel Four Seasons yang berdekatan dengan pusat festival tersebut iaitu Eramus Huis. Antara program yang diadakan adalah forum, ceramah dan perbincangan mengenai LGBT. Klik sini.

Sir Richard Branson pula baru baru ini telah bersuara menyokong Anwar. Klik sini untuk melihat skongannya terhadap Anwar Ibrahim. Persoalannya siapa Sir Ricahard Branson ini?? Sir Richard Branson adalah seorang gay yang memiliki sebuah kelab gay. Dia merupakan orang yang kuat memperjuangkan LGBT di dunia dan dia mempercayai bahawa kebebasan total sebenarnya adalah dengan melakukan pelbagai seks termasuk homoseksual, lesbian dan biseksual. Klik sini



Anwar Ibrahim sebenarnya telah mengadakan pertemuan tertutup dengan Amnesty International, (AI) sebuah organisasi hak asasi antarabangsa.Oleh kerana dunia barat melihat homoseksual sebagai hak asasi manusia, maka dengan ini, Anwar akan mendapat tempat di luar negara. Barat sebenarnya sudah tahu Anwar seorang Gay. Menurut Amnesty International, mendiskriminasi atau menghukum golongan homoseksual adalah bercanggah dengan dengan hak asasi manusia. Oleh sebab itu menjadi tanggungjawab AI untuk melindungi golongan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) untuk menikmati kehidupan peribadi seksual mereka. Klik di sini





Setelah membuka laman web berkenaan, penulis tersentak dengan satu idea bahawa Anwar sebenarnya mahu perlindungan daripada Amnesty International ini. Ini satu kerja yang berat bagi kita jikalau Anwar lari dari perbicaraan mahkamah sepertimana yang dilakukan oleh Raja Petra. Disebabkan Anwar dengan mudahnya dapat perlindungan dari Badan seperti Amnesty International. Lihat sahaja cerita Salman Ar-ryusdi yang lari meminta perlindungan dari kerajaan Britain setelah kerajaan Iran mengeluarkan hukum bunuh terhadap Salman Ar-Ryusdi.


Passport Anwar tidak dapat ditahan kerana beliau telah membayar jaminan bon pribadi RM20,000 atas alasan bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga disabitkan bersalah oleh mahkamah. Inilah masalahnya. Ada kemungkinan besar Anwar akan lari ke luar negara meminta perlindungan Amnesty International ini sebelum disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur . Dipercayai bahawa Anwar telah mengakui bahawa beliau seorang Gay kepada rakan-rakannya di luar negara. Ini jelas apabila Paul Wolfowitz yang merupakan seorang Gay juga terus menyokong terus menerus Anwar Ibrahim.

Untuk akhirnya, banyak persoalan yang perlu dijawab. Masalah juga perlu diatasi. Sesungguhnya kita berhadapan dengan gerakan LGBT yang amat dahsyat. Serangan samaada dari :
1. Golongan NGO yang memperjuangkan LGBT,
2. Juga figura homoseksual iaitu Anwar Ibrahim yang memperjuangkan LGBT ,
3. Tokoh Penting dalam Plan demokrasi Amerika yang menyokong LGBT
4.Serta sudah pasti Syaitan yang ada di mana-mana mahu mewujudkan LGBT ini


Serangan ini harus dihalang demi mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bebas LGBT, serta dunia secara amnya sebelum bala yang pernah menimpa kaum sodomi @ kaum nabi Luth. Sesungguhnya sejarah itu berulang, takut-takut nanti sejarah itu bertulang di negara Malaysia ini dengan adanya tokoh penting yang senada dengan LGBT ini iaitulah Anwar Ibrahim!!! Hati hati !!!!

[...]

Tafsiran Terhadap Kehadiran Anwar Ke Persidangan " International Meetings of Prayer for Peace Di Barcelona"

2 comments




Gempar !!! Anwar menghadiri persidangan yang dianjurkan oleh gerakan komunuti Sant'Egido Kristian Itali. Klik Sini

Seperti yang diketahui bahwa komuniti Sant'Egido Kristian ini adalah mazhab gereja yang selalu menyuarakan tentang inter-religious, pluralisme, persamaan, inter-faith dan konsep kebersamaan dalam satu wadah sejak zaman 1980-an lagi.

Penulis memerhatikan gerakan Sant'Egido ini mahu mewujudkan satu pusat haji "pilgrime" bagi semua agama agar semua manusia berada dalam keadaan aman. Gerakan gereja Sant'Egido ini sebenarnya mahu mematikan jihad Islam. Bagi gerakan ini, perang itu adalah satu dosa dan harus dihapuskan. Seharusnya manusia hidup aman damai tanpa berlaku pergaduhan dan peperangan.

Gerakan ini sebenarnya tidak memahami hukum alam dunia iaitu wujud dua unsur yang bertentangan iaitulah baik dan jahat. Seharusnya jahat itu dihapuskan dengan jihad mahupun dengan perang untuk menjadikan dunia lebih aman dan makmur.

Status dan deklarasi untuk mewujudkan negara aman dengan konsep keamanan untuk semua tanpa berlaku perang dan jihad akan menjadikan dunia tidak memerangi kejahatan dan keganasan.Tidak memerangi keganasan sebenarnya mewujudkan keganasan. Itulah sebabnya makin mengamalkan pluralisme makin menyebabkan ketidakamanan dan kestabilan.

Konsep pluralisme gerakan Sant'Egido ini sebenarnya adalah satu tindakan pemikiran yang tidak memahami hukum alam dunia. Firman Tuhan dalam Al-Quran : "Fa alhamaha fujuraha wa taqwaaha". Bermaksud " (Allah) mengilhamkan manusia dengan kejahatan dan kebaikan". Jadi, jihad itu harus diteruskan untuk melawan kejahatan, bukan dengan pluralisme yang menafsirkan perang jihad sebagai kejahatan sebenar.

Penulis mengambil kesimpulan bahawa figura Anwar Ibrahim yang menghadiri International Meeting Of Prayer For Peace adalah tindakan salah satu plan pluralisme Amerika. Plan pluralisme Amerika yang ingin mewujudkan dunia yang aman tanpa perang sebenarnya mahu menjajah negara Islam sepenuhnya. Slogan menentang keganasan adalah untuk menjajah dunia kerana keganasan ada di mana-mana. Slogan "No War" sebenarnya mahu mematikan semangat jihad dalam jiwa muslim. Slogan kebersamaan dan keamanan sebenarnya adalah untuk mewujudkan konsep semua agama benar dan semua masuk syurga.

Untuk akhirnya, tindakan Anwar Ibrahim menghadiri persidangan ini harus dikecam kerana ia membawa status nama tokoh islam, membawa nama agama islam, membawa nama Malaysia sedangkan hakikatnya Islam tidak selari dengan tindakan Anwar Ibrahim serta Malaysia sudah menjadikan Anwar sebagai buangan politik yang tidak berguna. Anwar telah mencemarkan nama Islam dengan menghadiri persidangan anjuran komuniti Sant'Egido Kristian ini. Jangan biarkan Anwar terus membawa "nama Islam" ke persidangan yang dianjurkan oleh Barat yang anti-Islam!!!






[...]

Gesaan Anwar Ibrahim Selaras Dengan LGBT (Lesbian,Gay,Bisexual,Transgender)

1 comments


LGBT merujuk kepada Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender. Gerakan LGBT kini meluas di dunia masa kini. Sepertimana yang diketahui Malaysia sebagai negara Islam tidak mengiktiraf kaum songsang ini untuk mendominasi negara.

Ini jelas apabila Anwar Ibrahim dipecat dari kerajaan Malaysia kerana melakukan homoseksual dan rasuah. Alasan pemecatan ini kukuh disebabkan Malaysia merupakan negara Islam yang tidak mahu seorang homoseksual menerajui kepimpinan negara. klik sini

Homoseksualiti ini sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam. Maka dengan ini, gerakan kumpulan LGBT dianggap sebagai musuh Islam. Menentang LGBT itu sememangnya perlu dan satu kefarduan. Ini jelas apabila gesaan-gesaan LGBT untuk menuntut hak kebebasan merobohkan sistem kekeluargaan dalam Islam.


Sistem kekeluargaan pula merupakan tunjang bagi negara. Robohnya nilai kekeluargaan akan merobohkan negara. Maka LGBT ini harus ditentang sehingga akar-akarnya. Sehingga kini tidak ada figura yang berani menyuarakan makna kebebasan hak asasi golongan minoriti ini melainkan Anwar Ibrahim !!

Antara tuntutan LGBT adalah :
1.Mahu perkahwinan sejenis diiktiraf di mana-mana negara
2.Gay dan Lesbian adalah naluri semulajadi manusia, harus didokong oleh pemerintah
3.Pertukaran jantina haruslah diperbanyakkan untuk melahirkan manusia moden
4.Kebebasan seksuality yang meliputi segala macam bentuk seksual

Sejak negara Malaysia merdeka, tidak ada pesatuan persatuan yang menyokong suara yang selaras dengan LGBT ini. Cuma dalam Malaysia wujud satu bentuk pesta seksualiti merdeka. Pesta seksualiti merdeka ini pula dimanipulasikan oleh pejuang LGBT untuk mempromosikan nilai songsang mereka ke dalam Malaysia.

Berdasarkan dengan slogan "Tubuh kita adalah hak kita", maka LGBT selari dengan kebebasan hak yang diperjuangan oleh Anwar. Anwar Ibrahim yang merupakan figura kebebasan cenderung untuk mengangkat martabat ini dengan kebebasan dan pendemokrasian hak yang terkandung dalam falsafah liberalismenya. klik sini








Falsafah Liberalismenya jelas apabila Anwar dengan jelas sering menyebut nama Adam Smith dan John Lock iaitulah tokoh liberalisme. Liberalisme adalah fahaman yang membebaskan hak manusia dari cengkaman agama. Agama seperti mana yang diketahui oleh umum merupakan institusi yang paling menentang lesbian, gay, biseksual dan transgender. Samaada agama Islam, kristian mahupun agama-agama lain di dunia ini kesemuanya menentang LGBT. Maka dengan fahaman liberalisme secara automatik pasti mendokong LGBT ini.


Gerakan LGBT mahu membebaskan cengkaman agama untuk terus mengikuti naluri songsang golongan minoriti ini. Itulah sebabnya kita lihat pemikiran Anwar selari dan senada LGBT. Bukti di bawah ini sudah cukup untuk mengatakan bahawa Anwar memang pejuang LGBT :
1. Anwar menyokong NGO-NGO yang songsang ini dengan mengatakan inilah hak manusia.klik sini
2. Landasan pemikiran Anwar selari dengan liberalisme.Liberalisme adalah Falsafah yang membebaskan hak seseorang itu dari cengkaman dan hukum agama.klik sini
3. Anwar diiktiraf sebagai tokoh moderate islam. Moderate islam selari dengan Islam liberal yang mengatakan bahawa homoseksual tidak salah dan dibenarkan dalam Islam. klik sini
4. Tingkah laku Anwar yang meliwat Azizan, Sukma Darmawan, Saiful Bukhari dan banyak lagi menunjukkan homoseksuality adalah kehidupan Anwar.
5. Parti Keadilan Rakyat yang diperjuangkan oleh Anwar selari dengan konsep equality persamaan. Persamaan dari segi apa? Persamaan dari pelbagai aspek termasuk menyamaratakan lelaki dan perempuan, sama dengan biseksuality.

Kesemua bukti ini jelas, Anwar merupakan pejuang LGBT di Malaysia. Apa lagi bukti yang harus dikemukakan selain daripada bukti yang kuat iaitu Anwar memang seorang Homoseksual. Bukti jelas di depan mata kepada semua masyarakat Malaysia. Kebebasan, kesamarataan dan hak asasi manusia itu telah diretorikkan oleh seorang pakar retorik sehingga gagasan itu seperti menyamai nilai-nilai murni dalam Islam.

Pada hakikatnya kebebasan adalah bermakna kebebasan meliwat, kesamarataan adalah bermakna menyamaratakan lelaki dan perempuan, dan akhirnya hak asasi manusia itu bermakna, homoseksual itu adalah hak manusia yang tidak perlu dipersalahkan kerana ia juga merupakan satu hak untuk hidup.

Awas, sokongan anda kepada Anwar Ibarahim adalah sebenarnya membawa saham anda kepada neraka !!!!

[...]

Nurul Izzah Warisi Pluralisme Daripada Anwar Ibrahim

0 comments



Nurul Izzah mewarisi tokoh kepimpinan bapanya Anwar Ibrahim dalam falsafah pluralisme dalam agama.

Ini jelas apabila Anwar menghantar Izzah untuk membuat kunjungan ke Universitas Paramadina Indonesia. Universitas Paramadina merupakan pusat pembelajaran Pluralisme yang paling efektif di asia tenggara. Klik di sini untuk membaca dengan lebih lanjut.

Diberitakan bahawa Izzah berbincang dengan Anies Baswedan yang merupakan rektor universiti berkenaan.

Anis Baswedan dipercayai sedang direkrut oleh Amerika Syarikat untuk menjadi bakal pemimpin masa hadapan di Indonesia.

Apakah pertemuan ini bermaksud Nurul Izzah mahu membuat institusi pluralisme di Malaysia sama seperti Universitas Paramadina?? Atau apakah ini petanda bahawa pemikiran Pluralisme merupakan ancaman baru yang berterusan walaupun hayat politik Anwar telah tamat tempoh di Malaysia ??

Sepertimana yang telah diketahui bahawa "Pluralisme" merupakan fahaman yang paling disukai dan disokong oleh Amerika untuk dilaksanakan di mana-mana negara Islam. Pluralisme disenaraikan sebagai perkara wajib yang harus disebarkan dalam agenda demokrasi Amerikanisasi untuk menguasai dunia Islam.

Melalui fahaman Pluralisme ini, akar-akar fundamental agama akan lesap yang akan memudahkan gerakan "Project The New American Century" berjalan dengan lancar untuk menjajah dunia.



Agama Islam merupakan ancaman kepada barat kerana mengandungi jihad yang menghalang terlaksananya empayar barat dalam era globalisasi ini. Melalui Pluralisme, konsep Jihad akan dimatikan yang akan menyebabkan penjajahan baru bermula. Inilah Projek Amerika masa kini yang meletakkan Pluralisme sebagai elemen penting dalam "Hidden Agenda"



Apakah kes liwat Anwar menunjukkan bahawa Anwar dinilai akan mati karier politiknya?? Tidak!!! Kerana politik dan falsafah pluralisme ini akan bertukar tangan kepada Nurul Izzah dalam agenda pluralismenya di Malaysia..

Jikalau melihat cara dan perwatakan Anwar yang menghantar anaknya belajar di University Geogetown dan menghantar Nurul Izzah berjumpa dengan Anis Baswedan jelas menunjukkan bahawa pewaris sebenar Anwar dalam politik dan juga meneruskan agenda barat di Malaysia tidak lain tidak bukan adalah Nurul Izzah.

Nurul Izzah merupakan postgraduate master dalam International Relations from John Hopkins University. University ini kerap kali mengadakan forum yang bersangkut paut dengan fahaman Pluralisme.

Nurul Izzah juga telah diberi biasiswa penuh oleh golongan neo-con perisikan Amerika untuk menghabiskan pengajian di Johns Hopkins University. Ini samalah seperti bapanya Anwar yang merupakan bekas pensyarah pelawat di Universiti John Hopkins.

Kesinambungan fahaman Pluralisme masih panjang lagi kerana Izzah hampir hampir menghabiskan falsafah Pluralisme agama setelah berjumpa dengan orang-orang penting pluralisme di Indonesia dan juga di Amerika. Klik di sini




Secara Kesimpulannya, perjalanan untuk menentang Anwar masih panjang kerana ia bersambung ketikamana Nurul Izzah akan mewarisi kepimpinan PKR yang akan terus berjuang dalam falsafah liberalisme dan pluralisme yang akan menghancurkan sendi-sendi agama Islam agama rasmi di Malaysia. Teruskan berjuang!!!!!

[...]

Bahaya Anwar Kepada Agama Islam Di Malaysia

0 comments


Anwar bukan setakat menjadi boneka Yahudi dalam politik jikalau cita-citanya menjadi Perdana Menteri menjadi kenyataan, tetapi juga berbahaya kepada agama Islam dan agama yang lain di Malaysia.


Hal ini kerana melalui pengamatan penulis, cara dan pemikiran Anwar yang dilihat begitu liberal dan sanggup menggadaikan apa sahaja untuk kepentingan nafsu sendiri akan menyebabkan agama Islam terpalit dalam mainan yang telah dirancang oleh falsafah barat. lihat sajalah apabila Anwar sanggup menggunakan masjid untuk membela nafsu dirinya sendiri. Jikalau politik hancur tidak apa lagi, tetapi jikalau agama yang hancur, itu yang bahaya.


Kini, Barat melihat bahawa dengan adanya Anwar sebagai agen dan alat mereka, maka konsep "Pluralisme" boleh diserapkan dan diamalkan di Malaysia. Ini dapat dibuktikan apabila Anwar menyuruh kerajaan Malaysia mengambil IFC (InterFaith Commision).Klik Di sini dan di sini


IFC adalah satu-satunya penyebab kepada tersebarnya falsafah Pluralisme. Lihat di sini untuk melihat perkaitan yang rapat antara Pluralisme dan IFC . Lihat juga ancaman dan bahaya falsafah Pluralisme agama ini kepada masyarakat Malaysia khususnya serta dunia amnya.

Sedarkah kita bahawa isu-isu Anwar seperti "penggunaan kalimah Allah dalam mana-mana agama dibolehkan" menjadi racun kepada agama Islam. Bukan setakat agama Islam sahaja yang hancur tetapi juga agama kristian, buddha dan agama lain juga akan hilang identitinya. Klik di sini.

Ini kerana perkongsian kalimah Allah dalam semua agama samawi merupakan tunjang kepada Pluralisme agama. Apakah falsafah Pluralisme ini? Falsafah ini adalah satu bentuk fahaman yang mengatakan semua agama adalah sama. Sebab semuanya agama itu dari Tuhan yang sama. Maka dengan premis inilah semua penganut agama di dunia ini masuk syurga.

Akibat daripada fahaman ini akan mengakibatkan toleransi agama yang begitu kuat sehingga convert agama atau tukar agama langsung tidak berjalan. Maka dengan inilah mematikan dakwa Islam. Di sinilah point yang digemari oleh para pemikir Yahudi iaitu mematikan dakwah Islam !!!

Jauh daripada itu, kita merenung kembali siapakah tokoh Malaysia yang selalu memperkatakan toleransi agama dengan begitu kuat? Tidak lain tidak bukan adalah Khalid Jaafar. Siapa Khalid Jaafar? Pengerusi Institut Kajian Dasar . Institut Think Tank yang dipunyai oleh Anwar Ibrahim.Klik di sini

Jikalau kita membiarkan Anwar terus memainkan isu ini, kita khuatiri kepada Sabah dan Sarawak akan jatuh ke tangan DAP. Hal ini kerana ramai di kalangan orang kristian di Sabah dan Sarawak begitu tertarik dengan isu "penggunaan kalimah Allah". Take A Look !!!


Takut jikalau sentimen agama ini terus dimainkan maka PKR dan DAP akan kuat dan mampu merosakkan landskap politik tanahair. Kekuatan mereka akan menyebabkan fahaman pluralisme akan mencengkam ke akar pemikiran masyarakat di Malaysia. Situasi inilah yang digemari oleh barat dalam agenda globalisasi mereka.


Kita harus tahu bahawa masyarakat di Malaysia masih tidak terdedah dengan bahaya-bahaya Pluralisme agama. Hanya dengan penggunaan kalimah Allah sahaja akan menyebabkan bahaya yang begitu besar dalam konteks kemajmukan beragama di Malaysia. Pluralisme akan merosakkan kepelbagaian agama di Malaysia.

Prof.John Esposito pernah mengatakan bahawa Turki adalah negara Islam contoh kerana mempunyai toleransi agama dan fahaman secular-pluralisme yang begitu kuat. Tidak hairanlah apabila Anwar memilih Turki sebagai negara Islam yang idealistik apabila ditanya dalam satu wawancara di Indonesia. Klik di sini

Ahli falsafah W.C Smith pernah mengemukakan tentang kesatuan agama "Universal Theology Of Religion" yang menyebabkan John Hick mempopularkan "Pluralisme". Kesemua ini adalah cara halus barat untuk menghancurkan Islam. Hati-hati...

[...]

Falsafah Dualisme Anwar Ibrahim

0 comments

Falsafah Dualisme adalah orang yang menggunakan dua saluran yang sama dalam satu tujuan. Ini dapat disimpulkan kepada orang yang menggunakan kedua-dua saluran untuk kepentingan nafsu sendiri. Penulis tidak bermaksud menafsirkan falsafah dualisme dalam kontek falsafah kuno, metafizik dan sains, mahupun pendidikan tetapi lebih kepada membawa pengertian yang luas dalam konteks perilaku manusia.


Dualisme yang dimaksudkan penulis di sini adalah :

1.Bisexual (Termasuk homoseksual)

2.Munafik

3.Talam dua muka

4.Agent dan spy


Sehubungan dengan itu, tindakan dan pemikiran Anwar Ibrahim selari dengan falsafah Dualisme. Ini dapat dilihat dari aspek :

1. Seksiology

2. Keagamaan

3. Budaya

4. Politik Kenegaraan

Dari sudut sexiology, Dualisme merujuk kepada "Biseksual". Biseksual adalah tabiat segolongan manusia yang menjadikan lelaki dan perempuan sebagai pemuas nafsu. Begitu jugalah Anwar yang mempunyai isteri namun masih bermain dengan isteri orang dan juga dengan lelaki-lelaki muda. Bukankah ini dipanggil Biseksual?? Ini dapat dibuktikan dengan cara Anwar menggunakan ayat-ayat cintanya di sini...Lihat pula disini untuk melihat bagaimana dia mengayat adik angkatnya sendiri. Anwar mengacau isteri orang juga boleh dilihat di sini. Untuk melihat kebenaran yang beliau meliwat saiful juga di sini. Hehehe....




Dari sudut keagamaan pula, Dualisme dapat diertikan sebagai "Munafik". Dari satu sudut, orang munafik ini akan menyebelahi orang Islam dan dari sudut yang lain pula akan menyebelahi orang bukan Islam. Orang ini selalu bermuka-muka dengan siapa sahaja. Ini dapat dilihat daripada tindakan dan cara Anwar berpolitik. Dia akan bercakap dan berkawan dengan pimpinan parti PAS kononya dia juga berjuang untuk memartabatkan Islam, tetapi bila berjumpa dengan pemimpin parti DAP, dia akan katakan bahawa beliau tidak berniat untuk memartabatkan Islam dalam negara. "Negara Islam" bukanlah satu agenda utamanya. Ini dapat dibuktikan dengan kata-kata Ezam yang merupakan bekas orang paling rapat dengan Anwar. Klik di sini. Manusia apa ini?? Bukankah ini Munafik??Klik Sini, di sini dan di sini




Dari sudut budaya melayu, dualisme dikatakan sebagai "talam dua muka". Sepertimana fizikalnya bentuk talam yang mempunyai dua muka, demikian jugalah Anwar. Anwar bercakap pada rakyat mahu membantu rakyat, tetapi bila berhadapan dengan tokoh korporat asing, beliau menggadaikan rakyat. Pembela rakyat apa ni??? Dari sumber yang dipercayai bahawa Anwar menggadaikan Petronas dan TNB kepada barat jikalau beliau berjaya menjadi Perdana Menteri semasa krisis kewangan 1998 yang melanda Asia Tenggara. Beliau berani melakukan sedemikian semata-mata mahu disupport oleh barat untuk menjatuhkan Dr.Mahathir suatu ketika dahulu. Tidak hairanlah jikalau kita melihat dia beriya-iya mahu menurunkan harga minyak agar syarikat Islam Petronas ini ini terus lumpuh dan tidak mampu bersaing dalam arena globalisasi. Klik di sini untuk melihat Anwar merupakan Talam Dua Muka yang pernah dikatakan oleh bekas pemimpin PKR.


Dari sudut kenegaraan pula, dualisme dikatakan "agent @ spy". Di dalam negara, dia sebagai pemimpin pembangkang berkolaborasi dengan dua parti yang mempunyai ideology berbeza. Beliau akan bertukar warna dengan paparan imej Islamnya jikalau berkawan dengan PAS, sebaliknya akan bertukar warna dengan imej liberal dan hak asasi manusianya dengan berkawan dengan DAP. Imej Islamnya sukar terhakis kerana beliau telah memotretkan dirinya sebagai pejuang Islam kerana pernah memegang ABIM gerakan Islam dulu. Tetapi imej keislaman itu hilang apabila dia bersekongkol dengan barat dalam menjahanamkan dunia Islam. Ini kerana beliau pernah memegang jawatan penting dalam IMF satu bank dunia yang menjahanamkan negara Islam dalam ekonomi kapitalismenya. Anwar juga mempunyai kaitan dengan ICG, IIIT, CSID yang merupakan institusi penting Amerika untuk menguasai dunia Islam. Bukankah kaitan semua ini merupakan bukti yang kuat untuk kita katakan bahawa Anwar Ibrahim itu sebagai spy atau agent Amerika???.Inilah yang dinamakan sesumpah politik.Klik sini.




Secara kesimpulan dan konotasinya, Falsafah Anwar berdasarkan falsafah Dualisme. Bukan Idealisme yang selalu dia perkatakan tetapi Dualisme yang meliputi Biseksual, Munafiq, Talam Dua Muka & Agent yang sebenarnya dia perjuangkan...Untuk melihat anwar mempunyai pelbagai wajah pula klik sini. Ini yang menyebabkan Zulkifli Nordin menyuruh untuk Anwar bertaubat di sini. Malah bukan setakat orang islam yang suruh Anwar bertaubat tetapi orang kafir pun suruh, lihat di sini apabila Karpal Sign juga menyuruh Anwar supaya bertaubat.




Faham-Faham Laaaaaa......


[...]

Kesan Penggunaan Kalimah Allah Dalam Agama Kristian

1 comments



Kesan penggunaan nama Allah dalam agama kristian di Malaysia :

1. Mengelirukan generasi muda. Hal ini kerana akan menyebabkan Tuhan dalam agama Islam dan agama kristian adalah Sama.

2. Salah satu jalan menuju ke Pluralisme agama. Sedangkan Pluralisme adalah satu fahaman yang akan menghancurkan autentik agama Islam.

3. Satu bentuk projek "kristianisasi" secara halus. Sama seperti menterjemahkan Bible dalam Bahasa Melayu dan diedarkan kepada masyarakat umum.

4. Agama Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan Malaysia tercalar dan tidak ada nilai sebab hampir sama dengan agama kristian walaupun hanya penggunaan nama "Allah" dalam beragama.

5. Salah satu konsep dalam menjayakan IFC yang mahu mempersatukan agama dalam satu bentuk trancendental agama.

Pada hakikatnya, kemenangan pihak gereja untuk menggunakan perkataan Allah akan menyebabkan pihak underground akan memudahkan proses kemurtadan secara halus tetapi bersifat gigantik dan besar-besaran.

Penggunaan nama ini juga disokong oleh Anwar Ibrahim yang menyokong Pluralisme agama.
Irene Fernandez yang merupakan tokoh PKR adalah insan yang sangat beriya-iya mahu menggunakan nama Allah dalam agama kristian. PKR telah berjaya dalam konteks mencalar perlembagaan negara yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi. PKR telah berjaya menjadi agen untuk membantu tertubuhnya transendent agama Pluralisme yang akan membawa agama terpalit menjadi satu agama yang akan boleh diubah-suai oleh undang-undang Humanisme. Hati-Hati !!!!

Sesungguhnya nama Allah itu tinggi, dan tidak boleh direpresentasikan dan diidentitikan kepada sesuatu yang rendah !!!!!!


Emang Da Galileo,
Cairo..

[...]
 
© 2009 | EMANG DA GALILEO |