Demokrasi ala-barat berdasarkan suara Majoriti.
Dunia melaung-laungkan bahawa sistem Demokrasi hendaklah diterapkan kesemua corak pentadbiran di mana-mana negara.
Demokrasi sebenarnya berasal daripada cetusan pemikiran falsafah di Yunani. Ia merupakan satu bentuk pemikiran ala-barat.
Amerika Syarikat mempromosikan kepada seluruh dunia agar "Sistem Demokrasi" diambil.
Kini, keputusan lebih 57 peratus pengundi Switzerland menyokong gagasan sayap kanan untuk melarang kewujudan menara di atas masjid-masjid pada 29 November lalu juga adalah salah satu bentuk Demokrasi.
Kerana sesungguhnya point besar Demokrasi adalah Majoriti. 57% pengundi untuk mahu menghilangkan menara masjid adalah Majoriti.
Demokrasi bermakna bebas bersuara. Demikian penduduk Switzerland bersuara agar menara masjid tidak ada di bumi mereka.
Inilah kesannya apabila Demokrasi ala-barat yang berdasarkan majoriti itu diterapkan di mana penduduk muslimnya adalah minoriti..
Demokrasi telah mengambil peranan secara halus untuk menghancurkan Syariat Islam secara halus.
Kita telah dipermainkan oleh Demokrasi ciptaan barat.
Siapa tokoh politik yang selalu melaung-laungkan "Demokrasi Ala-Barat" di Malaysia?
Tidak lain tidak bukan adalah : Anwar Ibrahim.
Beliau merupakan tokoh Muslim Moderat yang menyokong Liberalisasi dalam beragama yang merupakan salah satu bentuk Demokrasi ala-Barat.
Apakah kita harus mengambil corak Demokrasi ciptaan barat?
Atau perlukah kita memerlukan satu Sistem Demokrasi Islam yang tidak meminggirkan suara Minoriti?
Fikirkan.......


