13, Fibonacci, Warna & Kehendak Qadak : BN Tetap Akan Memerintah Selamanya... In Sya Allah..



Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) disifatkan oleh pemerhati politik sebagai "'ibu kepada segala pilihan raya". Jikalau pembangkang tidak dapat menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya ini, maka selama lamanya mereka tidak akan berjaya untuk memenangi Pilihan Raya seterusnya.



Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Ulung Datuk Shamsul Amri Baharuddin menyifatkan Pilihanraya ini adalah pertembungan antara Najib dan Anwar. Pertembungan ini digelar sebagai "Battle of the Gladiators". Sebuah pertembungan yang sengit dalam mana mana pilihanraya. Suatu Pertembungan antara dua persimpangan ideologi. Ia bakal menentukan antara dua hala tuju negara samaada menuju ke hadapan atau kehancuran. Klik Sini

Ini dapat diterjemahkan samaada negara dipimpin oleh Najib atau Anwar. Ini juga bermakna negara dalam persimpangan antara dua jalan samaada Najib yang menang yang akan membawa transformasi kemajuan negara atau adakah Anwar yang terpilih dan dimanifestasikan sebagai pembawa kehancuran.  Dr. Chandra pernah mengatakan bahawa "Disaster if Anwar is PM". Klik Sini




Slogan "Ini Kali Lah - Tukar!!" membuktikan bahawa hanya PRU 13 kali ini sahajalah pembangkang boleh menawan Putrajaya. Namun slogan ini dipatahkan dengan mudah melalui slogan "Lain Kali Lah - Tatap (Tetap)"  . Slogan ini pada dasarnya lahir di bumi Sabah. Kemudian ia menjadi popular di seluruh negara. Sebahagian Pemikir tahu jikalau "Lain Kali Lah", maka tidak akan berlaku penawanan Putrajaya oleh Pembangkang untuk ke sekian kali Pilihanraya berlangsung akan datang.


Ini ada benarnya kerana Angka 13 adalah angka unik dalam budaya Anthropology terutama bangsa Cina. Ini diterjemahkan dalam kehidupan seharian contohnya bangsa Cina menganggap 13 sebagai angka sial. Sebab itu ada bangunan tinggi – termasuk hotel dan hospital – tidak ada tingkat 13. Selepas tingkat 12, ada 12 A menggantikan 13. Klik Sini



Maka dengan inilah Cina yang menyokong DAP dalam PRU13 ini akan rugi disebabkan termakan hasutan DAP yang chauvinistik kononnya berjaya menawan Putrajaya. Namun BN tetap memerintah. Akhirnya situasi ini merugikan bangsa Cina sendiri kerana tidak terpilih atau kurang dalam menjawat Kabinet dalam Kerajaan. Angka 13 merugikan orang Cina. Klik Sini

Selain daripada itu juga PRU 13 yang dibuat pada tanggal 5/5 ini memperlihatkan habisnya pusingan TEORI RAHMAN. Maka dengan ini orang Cina terpengaruh dengan sistem nombor sedangkan hakikatnya BN tetap berkuasa, Najib tetap berjaya menjadi Perdana Menteri. Bagi mereka 55 ini adalah tamatnya tempoh pemerintahan BN.







Mereka tidak sedar wujud teori "MAHATHIR" yang akan melestarikan pemerintahan melayu-islam di bumi Malaysia ini. Kini Muhyiddin Yassin, Ali Rustam, Hishamuddin, Ahmad Zahidi Hamidi,  disebut-sebut dalam ramalan yang akan mengisi kekosongan ini. Tunggu dan lihat..


Tahun 2012 dianggap sebagai tahun terakhir dalam Tamadun Maya. Ini didasari bahawa selepas bulan 12 (Disember), tidak ada lagi bulan ke-13. Sekali lagi angka 13 dimusnahkan dan kembali kepada asal satu (Januari). Begitu juga dengan masa jam dalam sehari. Jam Terakhir adalah jam 12, tidak ada jam 13. Jam 13 adalah jam nombor 1 yang baru, berubah kembali kepada asal. Klik Sini



13 Mei Hari hitam bagi Malaysia juga terkait angka 13. Satu kerugian kepada bangsa Cina kerana Orang Melayu bangkit menentang dasar Cina yang chauvinistik yang membangkitkan isu perkauman secara senyap. Selepas kejadian ini, Perpaduan Nasional pun dipupuk yang akhirnya keharmonian kaum berlaku di tanah Malaysia ini. Klik Sini



Maka dengan ini ramai orang mengambil kesimpulan yang BN akan kalah dan kembali kepada pemerintahan baru. Namun BN tetap menang. Maka dengan inilah ada penganalisa politik mengatakan bahawa "Jikalau Pembangkang tidak berjaya dalam PRU13 ini, maka selama-lamanya BN akan memerintah Malaysia". PRU 13 inilah yang memperlihatkan TSUNAMI CINA yang memang ada kaitan dengan angka 13 ini.

Menurut Teori Fibonacci pakar dalam matematik dan angka menemui bahawa bunga seperti ragwort, corn marigold dan cineraria berhenti berkembang apabila mencapai dan berputik pada putik yang ke-13. Pola bunga juga menurut deretan angka Fibonacci : 0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13.

Barisan bilangan Fibonacci dapat dinyatakan sebagai berikut:
Fn = (x1n – x2n)/ sqrt(5)
dimana :
  • Fn adalah bilangan Fibonacci ke-n
  • x1 dan x2 adalah penyelesaian persamaan x2-x-1=0
Perbandingan antara Fn+1 dengan Fnhampir selalu sama untuk
sembarang nilai n dan mulai nilai n tertentu, perbandingan ini nilainya tetap. (tatap)



Maka dengan ini boleh dikatakan UMNO yang memerdekakan Malaysia adalah parti yang TETAP (tatap) akan memerintah Malaysia. Ia sejajar dengan Fn+1 dengan Fn hampir selalu sama untuksembarang nilai n dan mulai nilai n tertentu, perbandingan ini nilainya tetap.


 Ia mengikut  UMNO yang bersifat malay-islamik dilihat toleransi dengan kaum lain dalam BN dengan mengekalkan semangat fundamental ajaran melayu-islam dilihat mampu membawa Malaysia ke arah kemajuan yang lebih sofistikated. Oleh yang demikian BN TATAP membuktikan hal ini.





Anwar dalam kempen-kempen PRU 13 membayangkan dirinya bakal menjadi PM ke-7 berdasarkan sokongan rakyat mengunjungi ceramahnya dan keputusan kaji selidik, UMCEDEL dan Merdeka Center yang berpihak kepadanya.



Namun Anwar sekali lagi gagal atas kehendak Allah. Kehendak Qadak dan Qadar. Beliau tidak dapat menerima kenyataan sehingga membangkitkan sentimen agar menentang keputusan ini. Anwar sudah melawan takdir Ilahi ke atas Malaysia ini.

 Kesimpulannya Takdir Allah itu ada dalam setiap sistem nombor. Namun jikalau Allah Kehendaki, Sistem Nombor itu tidak berguna kerana Allah adalah segala galanya. Sistem nombor itu termasuk dalam kehendak Allah Sunnatullah.



Ketahuilah bahawa Teori Warna dalam Bendera Malaysia membuktikan negara ini hanya akan diperintah oleh UMNO dan Barisan Nasional. Jalur gemilang yang bewarna Merah dan Putih adalah lambang UMNO.
Warna Biru adalah lambang perpaduan manifestasi BN (Barisan Nasional). Manakalah Kuning adalah lambang Raja yang merupakan makna kemelayuan. Bentuk Bulan dan Bintang adalah merupakan agama Islam yang merupakan agama orang orang UMNO.

Hanya BN yang akan terus memerintah kerana bewarna biru yang melingkari bulan dan bintang (yang berkhidmat kepada Raja dan Negara) mengikut suratan dalam bendera Malaysia. Hanya UMNO yang akan terus memerintah negara Malaysia. Jikalau mahu memerintah, maka bersatulah dengan UMNO.

Lambang keris di dalam bulatan putih yang bewarna hijau menunjukkan Islam akan bertambah kuat jikalau PAS (hijau) bersatu dengan UMNO (Merah-Jalur Gemilang). PAS yang minoriti harus ikut majoriti UMNO. Memang sudah hukum alam bahawa minoriti wajib dan mesti ikut majoriti. Majoriti tidak boleh mengikuti yang minoriti. Maka dengan ini perpecahan akan terus berlaku jikalau PAS berkeras kepala. Renungilah tanda tanda ini untuk orang orang yang berfikir.

UMNO telah berserah kepada takdir ini, namun PR masih mahu melawan takdir tidak menerima kenyataan. DAP sekali lagi lupa bahawa Malaysia dimerdekakan oleh UMNO yang akhirnya hanya UMNO yang berhak ke atas Malaysia dengan kalimah La ilaa ha illallah Muhammadar Rasulullah..



Maka dengan ini, sekali lagi muzakarah UMNO-PAS harus dibangkitkan bersama sama untuk maslahat umum yang sentiasa berkompromi dan bertoleransi dengan masyarakat majmuk Malaysia dalam menjadikan Malaysia sebagai negara yang cemerlang gemilang dan terbilang.. Amin...

Marilah kita menjadi agen agen pengubah dalam menyemarakkan perpaduan Ummah dan masyarakat harmoni ini agar Malaysia lebih aman dan makmur dalam menuju wawasan 2020 yang bakal menjelang.

Allah lebih mengetahui dan lebih berkuasa atas segalanya. Bismillahi tawakkaltu alAllah wala haula wala quwwata illa bilLah...







3 comments:

PKIK100 said...

Satu analisa yang tepat dan perlu dibaca masyarakat!..Bersatulah Ummah sebelum terlambat! 03 4107 1025

Anonymous said...

artikel yg mantap ini harus di"share" di mana mana kerana mengandungi analisa yang tepat jitu untuk malaysia!!! fuhh!! hebat!!

Anonymous said...

"Pencegahan itu lebih baik daripada penyelesaian, dan pencegahan awal itu lebih murah 'harganya' berbanding penyelesaian masalah. Saya akan guna pendekatan itu agar pihak kerajaan tidak disanggah dan mereka (pembangkang) juga tidak melakukan penyanggahan," A.ZAHID HAMIDI ..... tangkap anwar dan konco2nya...

Post a Comment

 
© 2009 | EMANG DA GALILEO |