Bahaya Anwar Kepada Agama Islam Di Malaysia

0 comments


Anwar bukan setakat menjadi boneka Yahudi dalam politik jikalau cita-citanya menjadi Perdana Menteri menjadi kenyataan, tetapi juga berbahaya kepada agama Islam dan agama yang lain di Malaysia.


Hal ini kerana melalui pengamatan penulis, cara dan pemikiran Anwar yang dilihat begitu liberal dan sanggup menggadaikan apa sahaja untuk kepentingan nafsu sendiri akan menyebabkan agama Islam terpalit dalam mainan yang telah dirancang oleh falsafah barat. lihat sajalah apabila Anwar sanggup menggunakan masjid untuk membela nafsu dirinya sendiri. Jikalau politik hancur tidak apa lagi, tetapi jikalau agama yang hancur, itu yang bahaya.


Kini, Barat melihat bahawa dengan adanya Anwar sebagai agen dan alat mereka, maka konsep "Pluralisme" boleh diserapkan dan diamalkan di Malaysia. Ini dapat dibuktikan apabila Anwar menyuruh kerajaan Malaysia mengambil IFC (InterFaith Commision).Klik Di sini dan di sini


IFC adalah satu-satunya penyebab kepada tersebarnya falsafah Pluralisme. Lihat di sini untuk melihat perkaitan yang rapat antara Pluralisme dan IFC . Lihat juga ancaman dan bahaya falsafah Pluralisme agama ini kepada masyarakat Malaysia khususnya serta dunia amnya.

Sedarkah kita bahawa isu-isu Anwar seperti "penggunaan kalimah Allah dalam mana-mana agama dibolehkan" menjadi racun kepada agama Islam. Bukan setakat agama Islam sahaja yang hancur tetapi juga agama kristian, buddha dan agama lain juga akan hilang identitinya. Klik di sini.

Ini kerana perkongsian kalimah Allah dalam semua agama samawi merupakan tunjang kepada Pluralisme agama. Apakah falsafah Pluralisme ini? Falsafah ini adalah satu bentuk fahaman yang mengatakan semua agama adalah sama. Sebab semuanya agama itu dari Tuhan yang sama. Maka dengan premis inilah semua penganut agama di dunia ini masuk syurga.

Akibat daripada fahaman ini akan mengakibatkan toleransi agama yang begitu kuat sehingga convert agama atau tukar agama langsung tidak berjalan. Maka dengan inilah mematikan dakwa Islam. Di sinilah point yang digemari oleh para pemikir Yahudi iaitu mematikan dakwah Islam !!!

Jauh daripada itu, kita merenung kembali siapakah tokoh Malaysia yang selalu memperkatakan toleransi agama dengan begitu kuat? Tidak lain tidak bukan adalah Khalid Jaafar. Siapa Khalid Jaafar? Pengerusi Institut Kajian Dasar . Institut Think Tank yang dipunyai oleh Anwar Ibrahim.Klik di sini

Jikalau kita membiarkan Anwar terus memainkan isu ini, kita khuatiri kepada Sabah dan Sarawak akan jatuh ke tangan DAP. Hal ini kerana ramai di kalangan orang kristian di Sabah dan Sarawak begitu tertarik dengan isu "penggunaan kalimah Allah". Take A Look !!!


Takut jikalau sentimen agama ini terus dimainkan maka PKR dan DAP akan kuat dan mampu merosakkan landskap politik tanahair. Kekuatan mereka akan menyebabkan fahaman pluralisme akan mencengkam ke akar pemikiran masyarakat di Malaysia. Situasi inilah yang digemari oleh barat dalam agenda globalisasi mereka.


Kita harus tahu bahawa masyarakat di Malaysia masih tidak terdedah dengan bahaya-bahaya Pluralisme agama. Hanya dengan penggunaan kalimah Allah sahaja akan menyebabkan bahaya yang begitu besar dalam konteks kemajmukan beragama di Malaysia. Pluralisme akan merosakkan kepelbagaian agama di Malaysia.

Prof.John Esposito pernah mengatakan bahawa Turki adalah negara Islam contoh kerana mempunyai toleransi agama dan fahaman secular-pluralisme yang begitu kuat. Tidak hairanlah apabila Anwar memilih Turki sebagai negara Islam yang idealistik apabila ditanya dalam satu wawancara di Indonesia. Klik di sini

Ahli falsafah W.C Smith pernah mengemukakan tentang kesatuan agama "Universal Theology Of Religion" yang menyebabkan John Hick mempopularkan "Pluralisme". Kesemua ini adalah cara halus barat untuk menghancurkan Islam. Hati-hati...

[...]

Falsafah Dualisme Anwar Ibrahim

0 comments

Falsafah Dualisme adalah orang yang menggunakan dua saluran yang sama dalam satu tujuan. Ini dapat disimpulkan kepada orang yang menggunakan kedua-dua saluran untuk kepentingan nafsu sendiri. Penulis tidak bermaksud menafsirkan falsafah dualisme dalam kontek falsafah kuno, metafizik dan sains, mahupun pendidikan tetapi lebih kepada membawa pengertian yang luas dalam konteks perilaku manusia.


Dualisme yang dimaksudkan penulis di sini adalah :

1.Bisexual (Termasuk homoseksual)

2.Munafik

3.Talam dua muka

4.Agent dan spy


Sehubungan dengan itu, tindakan dan pemikiran Anwar Ibrahim selari dengan falsafah Dualisme. Ini dapat dilihat dari aspek :

1. Seksiology

2. Keagamaan

3. Budaya

4. Politik Kenegaraan

Dari sudut sexiology, Dualisme merujuk kepada "Biseksual". Biseksual adalah tabiat segolongan manusia yang menjadikan lelaki dan perempuan sebagai pemuas nafsu. Begitu jugalah Anwar yang mempunyai isteri namun masih bermain dengan isteri orang dan juga dengan lelaki-lelaki muda. Bukankah ini dipanggil Biseksual?? Ini dapat dibuktikan dengan cara Anwar menggunakan ayat-ayat cintanya di sini...Lihat pula disini untuk melihat bagaimana dia mengayat adik angkatnya sendiri. Anwar mengacau isteri orang juga boleh dilihat di sini. Untuk melihat kebenaran yang beliau meliwat saiful juga di sini. Hehehe....




Dari sudut keagamaan pula, Dualisme dapat diertikan sebagai "Munafik". Dari satu sudut, orang munafik ini akan menyebelahi orang Islam dan dari sudut yang lain pula akan menyebelahi orang bukan Islam. Orang ini selalu bermuka-muka dengan siapa sahaja. Ini dapat dilihat daripada tindakan dan cara Anwar berpolitik. Dia akan bercakap dan berkawan dengan pimpinan parti PAS kononya dia juga berjuang untuk memartabatkan Islam, tetapi bila berjumpa dengan pemimpin parti DAP, dia akan katakan bahawa beliau tidak berniat untuk memartabatkan Islam dalam negara. "Negara Islam" bukanlah satu agenda utamanya. Ini dapat dibuktikan dengan kata-kata Ezam yang merupakan bekas orang paling rapat dengan Anwar. Klik di sini. Manusia apa ini?? Bukankah ini Munafik??Klik Sini, di sini dan di sini




Dari sudut budaya melayu, dualisme dikatakan sebagai "talam dua muka". Sepertimana fizikalnya bentuk talam yang mempunyai dua muka, demikian jugalah Anwar. Anwar bercakap pada rakyat mahu membantu rakyat, tetapi bila berhadapan dengan tokoh korporat asing, beliau menggadaikan rakyat. Pembela rakyat apa ni??? Dari sumber yang dipercayai bahawa Anwar menggadaikan Petronas dan TNB kepada barat jikalau beliau berjaya menjadi Perdana Menteri semasa krisis kewangan 1998 yang melanda Asia Tenggara. Beliau berani melakukan sedemikian semata-mata mahu disupport oleh barat untuk menjatuhkan Dr.Mahathir suatu ketika dahulu. Tidak hairanlah jikalau kita melihat dia beriya-iya mahu menurunkan harga minyak agar syarikat Islam Petronas ini ini terus lumpuh dan tidak mampu bersaing dalam arena globalisasi. Klik di sini untuk melihat Anwar merupakan Talam Dua Muka yang pernah dikatakan oleh bekas pemimpin PKR.


Dari sudut kenegaraan pula, dualisme dikatakan "agent @ spy". Di dalam negara, dia sebagai pemimpin pembangkang berkolaborasi dengan dua parti yang mempunyai ideology berbeza. Beliau akan bertukar warna dengan paparan imej Islamnya jikalau berkawan dengan PAS, sebaliknya akan bertukar warna dengan imej liberal dan hak asasi manusianya dengan berkawan dengan DAP. Imej Islamnya sukar terhakis kerana beliau telah memotretkan dirinya sebagai pejuang Islam kerana pernah memegang ABIM gerakan Islam dulu. Tetapi imej keislaman itu hilang apabila dia bersekongkol dengan barat dalam menjahanamkan dunia Islam. Ini kerana beliau pernah memegang jawatan penting dalam IMF satu bank dunia yang menjahanamkan negara Islam dalam ekonomi kapitalismenya. Anwar juga mempunyai kaitan dengan ICG, IIIT, CSID yang merupakan institusi penting Amerika untuk menguasai dunia Islam. Bukankah kaitan semua ini merupakan bukti yang kuat untuk kita katakan bahawa Anwar Ibrahim itu sebagai spy atau agent Amerika???.Inilah yang dinamakan sesumpah politik.Klik sini.




Secara kesimpulan dan konotasinya, Falsafah Anwar berdasarkan falsafah Dualisme. Bukan Idealisme yang selalu dia perkatakan tetapi Dualisme yang meliputi Biseksual, Munafiq, Talam Dua Muka & Agent yang sebenarnya dia perjuangkan...Untuk melihat anwar mempunyai pelbagai wajah pula klik sini. Ini yang menyebabkan Zulkifli Nordin menyuruh untuk Anwar bertaubat di sini. Malah bukan setakat orang islam yang suruh Anwar bertaubat tetapi orang kafir pun suruh, lihat di sini apabila Karpal Sign juga menyuruh Anwar supaya bertaubat.




Faham-Faham Laaaaaa......


[...]
 
© 2009 | EMANG DA GALILEO |