Tafsiran Terhadap Kehadiran Anwar Ke Persidangan " International Meetings of Prayer for Peace Di Barcelona"




Gempar !!! Anwar menghadiri persidangan yang dianjurkan oleh gerakan komunuti Sant'Egido Kristian Itali. Klik Sini

Seperti yang diketahui bahwa komuniti Sant'Egido Kristian ini adalah mazhab gereja yang selalu menyuarakan tentang inter-religious, pluralisme, persamaan, inter-faith dan konsep kebersamaan dalam satu wadah sejak zaman 1980-an lagi.

Penulis memerhatikan gerakan Sant'Egido ini mahu mewujudkan satu pusat haji "pilgrime" bagi semua agama agar semua manusia berada dalam keadaan aman. Gerakan gereja Sant'Egido ini sebenarnya mahu mematikan jihad Islam. Bagi gerakan ini, perang itu adalah satu dosa dan harus dihapuskan. Seharusnya manusia hidup aman damai tanpa berlaku pergaduhan dan peperangan.

Gerakan ini sebenarnya tidak memahami hukum alam dunia iaitu wujud dua unsur yang bertentangan iaitulah baik dan jahat. Seharusnya jahat itu dihapuskan dengan jihad mahupun dengan perang untuk menjadikan dunia lebih aman dan makmur.

Status dan deklarasi untuk mewujudkan negara aman dengan konsep keamanan untuk semua tanpa berlaku perang dan jihad akan menjadikan dunia tidak memerangi kejahatan dan keganasan.Tidak memerangi keganasan sebenarnya mewujudkan keganasan. Itulah sebabnya makin mengamalkan pluralisme makin menyebabkan ketidakamanan dan kestabilan.

Konsep pluralisme gerakan Sant'Egido ini sebenarnya adalah satu tindakan pemikiran yang tidak memahami hukum alam dunia. Firman Tuhan dalam Al-Quran : "Fa alhamaha fujuraha wa taqwaaha". Bermaksud " (Allah) mengilhamkan manusia dengan kejahatan dan kebaikan". Jadi, jihad itu harus diteruskan untuk melawan kejahatan, bukan dengan pluralisme yang menafsirkan perang jihad sebagai kejahatan sebenar.

Penulis mengambil kesimpulan bahawa figura Anwar Ibrahim yang menghadiri International Meeting Of Prayer For Peace adalah tindakan salah satu plan pluralisme Amerika. Plan pluralisme Amerika yang ingin mewujudkan dunia yang aman tanpa perang sebenarnya mahu menjajah negara Islam sepenuhnya. Slogan menentang keganasan adalah untuk menjajah dunia kerana keganasan ada di mana-mana. Slogan "No War" sebenarnya mahu mematikan semangat jihad dalam jiwa muslim. Slogan kebersamaan dan keamanan sebenarnya adalah untuk mewujudkan konsep semua agama benar dan semua masuk syurga.

Untuk akhirnya, tindakan Anwar Ibrahim menghadiri persidangan ini harus dikecam kerana ia membawa status nama tokoh islam, membawa nama agama islam, membawa nama Malaysia sedangkan hakikatnya Islam tidak selari dengan tindakan Anwar Ibrahim serta Malaysia sudah menjadikan Anwar sebagai buangan politik yang tidak berguna. Anwar telah mencemarkan nama Islam dengan menghadiri persidangan anjuran komuniti Sant'Egido Kristian ini. Jangan biarkan Anwar terus membawa "nama Islam" ke persidangan yang dianjurkan oleh Barat yang anti-Islam!!!






2 comments:

Anonymous said...

Entah laa apa mamat War ni nak dlm hidup dia. Kat sini porak peranda mcm mcm terjadi, dia lak g overseas berhari hari buat dunno je. Aku juak tul laaa dgn mamat ni, aku ingat sbg ketua patut betanggungjawab dan sama sama menyelesaikan kemelut tp nampaknya ketua aku ni, mcm nak lari dr masalah, gamaknya. Mungkin duit fees yg dpt kat luar lebih byk jika nak dibandingkan dari sini gamaknya, susah nak predict tp aku rasa kalau lagi lama aku terperap dlm golongan ni aku boleh mati akal sbb masing masing hal nak berkuasa jadi boleh haru biru kalau org mcm ni nak berkuasa nak perintah negara, lagi teruk dr BN, berserah ja la..

Anonymous said...

mohon link ke http:wicararumi.blogspot.com

Post a Comment

 
© 2009 | EMANG DA GALILEO |