Pluralisme memasuki Malaysia?

2 comments


Profeser Syed Muhamad Naquib At-Attas yang merupakan pemikir idola penulis pernah mengatakan dalam buku beliau yang bertajuk "Prolegomena to the methapysics of Islam" bahawa idea pluralisme agama sengaja dikembangkan dengan motif bukan untuk mencari kebenaran tetapi lebih kepada untuk mencari populariti dengan menawar satu hipotesis kepada keragamaan agama.

Dengan mengeluarkan satu ideology baru sebagai satu penyelesaian antara polimek dan pergaduhan antara pelbagai agama, maka masyarakat dunia akan tertarik dengan idea pluralisme ini kononnya ia dapat mempersatukan semua agama dalam satu bentuk falsafah transendenisme.

Pluralisme adalah satu fahaman falsafah yang mengatakan bahawa semua agama di dunia ini adalah sama taraf, sama matlamat, sama baik dan sama benar. Pemahaman in mengatakan bahawa keragaman dan kepelbagaian agama seperti Islam, yahudi, kristian, buddha dan sebagainya telah membawa satu peperangan dan malapetaka kepada dunia sejak dari dulu lagi. Fahaman ini mengatakan Agamalah penyebab utama kepada peperangan yang berlaku sejak dahulu kononnya.

Fahaman ini timbul sebagai respons kepada kepelbagaian agama yang berperang itu. Fahaman ini berhipotesis bahawa masing-masing agama mengaku agamanya yang paling benar. Dengan pengakuan ini, masing-masing agama mempertahankan hujah masing-masing sehingga mengakibatkan pergaduhan lantas berlaku perang agama yang tidak berkesudahan.

Perang salib yang berlanjutan beberapa abad juga disebabkan agama. Perang pada zaman dulu juga disebabkan agama. Maka dengan ini timbul di hati pemikir dan ahli falsafah barat untuk mengembangkan satu ideology untuk mempersatukan kesemua agama kononnya dalam satu agama baru iaitulah Pluralisme.

Ideologi ini mengatakan bahawa dunia akan mengarah kepada satu transenden agama di mana semua agama bergabung membentuk satu kesatuan yang unggul. Tidak ada satu agama yang paling benar di antara pelbagai agama melainkan yang ada hanyalah kesemua agama itu adalah sama benar kerana semuanya menuju ke arah kebaikan. Inilah satu hakikat yang akan berlaku di dunia nanti. Pluralisme akan berlaku sebagai jawapan kepadah histori-sosiologi masyarakat dunia.

Interfaith Commision (IFC) yang merupakan Suruhanjaya antara agama merupakan benih-benih yang subur untuk membentuk fahaman global Pluralisme di dunia. IFC akan bertindak sebagai satu bentuk lembaga yang mengawal semua agama. Sesuatu agama tertakluk di bawah undang-undang khas. Maka dengan ini agama Islam boleh dikawal oleh suruhanjaya ini.

IFC pernah dan disokong oleh Anwar Ibrahim dengan mengatakan “Take IFC in Malaysia”. KLIK SINI.

Tokoh Falsafah penting yang dianggap sebagai pemikir gagasan pluralisme iaitu Fritjof Schuon telah mempengaruhi pemikir dunia barat mahupun dunia timur. Antara pemikir yang terpengaruh dengan tulisan Schuon dalam falsafah pluralisme ini adalah T.S Eliot, Jean Cantein, E.F Scumacher,Titus burckhardt dan Martin Lings. Dalam bukunya yang bertajuk "Regards sur Les Mondes Anciens"



Frijof Schuon telah mempelajari falsafah dari Rene Guenon. Rene Guenon pula ketika bersekolah di akademi Encausse telah menemui pelbagai ahli falsafah, teosofi, tokoh freemasonary dan gerakan underground. Maka dengan inilah, kita tidak heran rene Guenon mengangkat gerakan Freemasonary sebagai gerakan yang menjaga agama kristian daripada hilang di muka bumi ini.


Frijof Schuon telah menjelajah ke dunia arab untuk mempelajari sufisme. Dia pernah menjejakan kaki ke kaherah. Disinilah dia bertemu dengan Rene Guenon. Maka tercetuslah perbincangan yang panjang antara mereka tentang pluralisme agama. Setelah melakukan banyak kajian terhadap "comparative religion"-Perbandingan agama, beliau (schuon) lantas menemui satu titik iaitu semua agama berasal dari Allah, dan kesemuanya agama itu menuju kepada Allah. maka timbullah idea pluralisme agama

Lantas, Sayyid Husein Nasr pun mempelajari falsafah dari frijof Schuon. Diberitakan bahawa Schuon telah memeluk agama Islam dengan menggunakan nama Isa Nuruddin Ahmad Syazili. Maka dengan inilah kesinambungan pluralisme yang berasal dari pemikiran freemasonary masuk ke dalam kosmologi pemikiran Islam.


S.H Nasr pun melanjutkan idea pluralisme ini di dunia Islam. maka banyak idea S.H Nasr telah mematikan nilai-nilai agama yang diperjuangkan oleh golongan tradisionalisme dan fundamentalisme Islam. Anwar pernah menyuruh membaca karya S.H Nasr. KLIK SINI

Golongan tradisionalisme dan fundamentalisme dalam Islam mempertahankan agenda bahawa agama Islam itu mempunyai identiti yang tersendiri yang tidak boleh disamakan dengan agama lain. Maka dengan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri ini, maka agama Islam itu harus dipertahankan sebagai agama yang uni-identic. Hanya agama islam sahaja yang benar dengan mengambil dalil al-Quran “Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam”- Innaddina IndAllahil Islam. Agama Uni-Identitic inilah yang dipegang oleh golongan Fundamentalist & Traditionalist Islam. Dua golongan yang sedang dan telah diadu dombakan oleh hiden agenda Amerikanisasi.

Maka dalam mempertahankan agama ini, golongan Fundamentalist mempertahankan Jihad, hukum hudud, sistem khalifah dan sebagainya harus dipertahankan. Sesungguhnya perjuangan itu harus diteruskan dan tidak boleh berkompromi (liberal) dan bertoleransi dalam masalah akidah Islam. Maka di sinilah tugas Amerika (polis dunia) mengaitkan terrorisme dengan fahaman jihad islam untuk menghancurkan Islam.

Pluralisme merupakan satu topik penting dalam pemikiran "Islam Liberal". Pendokong Islam Liberal sering mengclaim bahawa pluralisme merupakan satu wadah yang paling penting untuk semua agama di dunia ini. Ini yang mnyebabkan pelbagai fenomena baru dalam masalah akidah dan syariat telah bercampur aduk dengan pelbagai agama.

Pemikir Muslim seperti S.Husein Nasr yang memperjuangkan konsep Pluralisme ini pernah menerima Award daripada Best Couse America. KLIK SINI Malah Khalid Jaafar yang merupakan pengerusi Institut kajian Dasar (IKD) juga mendokong danmeneruskan agenda pluralisme agama ini di Malaysia. Ini dapat dilihat daripada debat Friendly di KLIK SINI . Khalid Jaafar merupakan Think Tank Anwar Ibrahim. KLIK SINI

Apa yang menarik dalam histori sufisme, Rene Guenon dan schuan merupakan ahli falsafah yang mendalami tarikat dan sufisme di dunia islam. Mereka mengakui tentang konsep wehdatul wujud. Konsep Wehdatul wujud inilah merupakan satu pasak untuk kelahiran idea Pluralisme agama seperti yang banyak diclaim oleh ahli sufi-filosofi di dunia terminologi falsafah moden hari ini.

Konsep wehdatul Wujud merupakan satu subjek yang dibincangkan dalam sufisme Islam. Kesatuan itu terletak pada kuasa yang tunggal iaitu Allah. Makhluk hanyalah maya yang merupakan pancaran daripada Zat Allah. Demikian fahaman sufisme yang dikemukan oleh Ibnu Arabi, Tokoh Sufi-Filosofi Islam yang terkenal dalam peninggalan tamadun Islam.

Maka oleh kerana Schuan pernah duduk di Mesir, berkemungkinan beliau pernah terbaca karya Imam Ibnu Arabi ini lantas mengemukakan satu bentuk falsafah gagasan Pluralisme baru untuk dunia hari ini. Sedangkan pada hakikatnya apa yang ingin disampaikan oleh Ibnu Arabi tidak sama dengan apa yang mereka fahami dalam konsep pluralisme ini.

Kesan Pluralisme ini akan mengakibatkan orang Islam boleh bersembahyang di dalam gereja. Paderi boleh bersama-sama mengamalkan ibadat di mana-mana masjid. Inilah keharmonian dan keamanan kononnya. Orang kristian pula boleh bersembahyang di dalam masjid. Orang islam boleh menghdiri acara pengkebumian orang kafir dengan mengikuti ritual agama orang kafir. Fenomena seperti pembakaran lilin merupakan satu bentuk pluralisme agama. Demikian juga tentang apa yang Anwar paparkan di majlis pemngkebumian orang kafir KLIK SINI.

Mereka selalu berangapan apabila orang kafir dapat bersatu dengan Islam dalam hal ritual agama, maka disitulah terjadinya kebahagian dan keamanan. Inilah konsep kesamaratan dan keadilan yang mereka laung-laungkan. Padahal ia telah memasuki secara pelan untuk merosakkan akidah orang Islam itu sendiri.

Pemikiran Humanisme yang mengatakan apa yang wujud ini hanyalah manusia sahaja,. Tidak ada kaitan dengan campur tangan Ilahi telah melahirkan fahaman liberalisme, secularisme, kapitalisme, marxisme, materialisme, imperialisme, extensialisme, skeptisme, relativisme dan agnotisme. fahaman ini telah menolak wahyu sebagai sumber pengetahuan.

Maka dengan ini lah semacam ada satu tindakan uni-lateral yang dilakukan oleh Amerika (negara Liberalisme) untuk menghancurkan golongan fundamentalisme. Mereka menyerang kesemua dasar dan nilai agama dengan falsafah yang mereka cipta seperti liberalisme yang mengandungi ideologi pluralisme dan juga tindakan ketenteraan untuk meranapkan Islam sebenar. Anda tahu siapa tokoh di Malaysia yang rapat dengan Amerika. Anda juga mungkin tahu simbol yang digunakan oleh orang ini sama dan serupa dengan perjuangan liberalisme Amerika. Anda juga tahu siapa yang dapat "tokoh Islam moderat of the year" di barat. So, U Know What I Say !!



[...]

Anwar Ibrahim Sesuai Untuk Watak Ghaus dalam Filem "........ Dalam Botol"

2 comments



Bukan setakat M.Nasir membuat kritikan politik secara berseni, Pengarah filem Raja Azmi juga mencipta satu lagi bentuk kritik-sosial dalam arena industri perfileman melayu.

Karya terbitan Raja Azmi yang bertajuk ".....Dalam Botol" memaparkan kisah seorang lelaki Gay cuba mengorat dan cuba memujuk rayu lelaki sama jenis.

Raja Azmi cuba ingin menyingkap fenomea transeksual "Gay" yang berlaku di kalangan masyarakat pada hari ini.

"Mesej yang ingin disampaikan masih akan kekal tetapi saya akan mengurangkan babak ranjang yang keterlaluan," kata Raja Azmi ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenal Top 6 pelakon utama filem itu.

Calon-calon untuk watak Ghaus ialah Norman Hakim, Wan Raja dan Fauzi Nawawi. Manakala calon untuk watak Ruby ialah Adi Putra, Wan Raja dan Arja Lee. Walaupun hanya seorang akan dipilih untuk watak masing-masing, mereka yang tidak terpilih berkemungkinan besar akan menjayakan watak-watak lain dalam filem itu.

Ghaus adalah seorang peliwat yang cuba memujuk Ruby untuk melakukan transeksual. Demikian lah yang ingin disampaikan oleh Raja Azmi.

Bagi penulis, pelakon yang mengaku "Sivaji The Boss" sepatutnya layak untuk memenuhi citarasa penonton jikalau beliau termasuk dalam pemilihan tersebut. Namun penulis kecewa kerana nama pelakon yang sudah mencorakkan arena perfileman politik Malaysia tidak tersenarai dalam 6 orang tersebut iaitu tidak lain tidak bukan adalah Brader Anwar bin Ibrahim .

Kriteria yang sesuai dan memenuhi pelbagai aspek dan memiliki pakej untuk melakoni filem tersebut seharusnya diberikan kepada yang Pakar. Penulis rasa 6 orang tersebut tidak cukup kriteria untuk melakonkan hal tersebut. Filem tersebut hilang serinya dengan ketidak-hadiran seorang pelakon terkenal di Malaysia iaitulah Brader Anwar bin Ibrahim.
Anti-Gay












[...]

Kenapa Peguam Anwar Yang Beragama Islam Tarik Diri?

0 comments




Rasulullah SAW yang bersabda,” Sesungguhnya aku ini seorang manusia, kamu datang mengadu pertikaian kamu kepada ku. Dan boleh jadi di kalangan kamu ada yang lebih petah dalam menghuraikan hujahnya daripada yang lain. Aku hanya memutuskan perkara yang dipertikaikan menurut apa yang aku dengar daripada keterangannya kerana pandainya ia memberi keterangan dan aku hukumkan baginya sesuatu daripada hak saudaranya bermakna aku telah memberikan kepadanya sepotong api neraka”.


Rasulullah Saw pernah memberi ingatan kepada para hakim dan peguam agar berhati-hati dalam membuat keputusan dengan bersabda bahawa “Qadi terbahagi kepada tiga bahagian, dua masuk neraka dan satu masuk syurga. Yang Masuk syurga ialah qadi yang mengetahui kebenaran dan menghukumkan dengannya. Yang masuk neraka ialah qadi yang mengetahui mana yang benar dan hak tetapi tidak menghukum dengannya dan zalim dalam hukumannya, maka ia masuk neraka. Dan qadi yang tidak mengetahui yang hak, lalu ia menghukum manusia berdasarkan kejahilannya, maka ia juga akan masuk neraka.”


Dua hadis di atas sudah cukup mengambarkan betapa peritnya menjadi peguam. Nabi menisbahkan 2:1 kepada peguam salah dan benar. Dua peguam kakinya di neraka dan satu lagi di Syurga. Maka dengan ini ada semacam bentuk penarikan diri untuk menyelamatkan diri dari jurang neraka yang dilakukan oleh peguambela Anwar iaitu Sulaiman Abdullah. Bukan hanya Sulaiman Abdullah (Peguam Muslim) sendiri yang menarik diri, malah Zainur Zakaria (Peguam Muslim) juga pernah menarik diri daripada membela seorang manusia Homoseksual dalam kes yang sama pada tahun '98 dahulu. Peguam Islam seperti Zulkifli Nordin yang pernah terlibat membela Anwar dahulu juga tidak mahu terlibat dalam membelaan dalam kes Homoseksual kali ini walaupun beliau merupakan ahli Parlimen PKR.




Kerana mereka tahu dan sedar bahawa jikalau pembelaan ini diteruskan lantas mereka menang secara teknikal, maka mereka menempah satu kaki ke dalam neraka. Itulah sebabnya peguam-peguam bela Anwar kebanyakannya terdiri daripada mereka non-Muslim yang tidak mengenal maksud Hadis dan perawi-perawinya.



Muslim tahu hal ini, itu sebabnya mereka (peguambela Anwar yang Muslim) cuba mencari pelbagai alasan seperti sakit, banyak kerja dan sebagainya. Padahal mereka tidak mahu terjebak dalam membacking seorang manusia homoseksual. Kerana mereka tahu Homoseksual itu adalah suatu perkara yang paling dibenci oleh Allah. Allah melaknat mereka yang melakukan hal ini seperti mana yang terjadi kepada kaum Sodom (kaum nabi Luth). Dan membacking Insan yang melakukan tabiat ini juga merupakan satu kedurjanaan dan kenistaan.



Mereka (Peguam-bela Anwar) tahu akan hal ini kerana Peguam dan kliennya sudah tidak ada private dalam penceritaan kejadian yang sebenarnya. Sudah tidak ada rahsia antara Anwar dan peguam belanya. Penceritaan oleh Anwar kepada peguambelanya dari zero kepada titik nokta yang terakhir juga diketahui oleh peguambelanya. Segalanya diceritakan untuk membuat satu taktik argumentasi pembelaan secara teknikal nanti di Mahkamah. So, Peguam bela Anwar yang beragama Islam tentu berasa semacam ada kesedaran "hati-muslim" yang mengetahui hal ini adalah seperti membacking orang yang salah. Maka terjadilah adengan sakit tenat, pening dan sebagainya untuk menarik diri.





Peguam-peguam bela Anwar yang melepaskan tugas mereka dalam pembelaan kes ini di Mahkamah sebenarnya telah terselamat daripada jurang kebatilan dan dosa. Apalah ertinya memperolehi duit khidmat hasil daripada pembelaan jikalau akhirnya duit itu hanya untuk membeli tiket masuk ke dalam neraka.



Semoga mereka sentiasa dalam lindungan Ilahi dan akan membacking pula mereka yang memerlukan khidmat mereka yang dalam kebenaran. Kerana kerja peguam itu sebenarnya adalah suci untuk membantu insan-insan yang dizalimi. Tetapi tidak baik kepada penzalim. Allah membantu hambanya jikalau hambanya itu membantu saudaranya yang dizalimi. Demikian juga peguam yang sedaya upaya untuk membantu kliennya yang dalam kesusahan agar kebenaran itu terus mengakar di dunia realiti akan mendapat imbuhan yang baik. Kerana kebenaran itu selalunya tersembunyi di celah-celah argumentasi dan hujah yang dikemukakan, dan hanya mereka yang berusaha sahaja yang menemuinya. :)







[...]

Liberalisme : Perjuangan Anwar Ibrahim !!!

1 comments



Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Falsafah Liberalisme mengajak manusia untuk bebas daripada cengkaman agama yang mengongkong jiwa manusia. Falsafah Liberalisme merupakan intipati kepada humanisme yang memperjuangkan kemanusiaan yang merupakan sumber segala-galanya. Falsafah ini pada akhirnya adalah menentang konsep ketuhanan dengan perlawanan nilai kemanusiaan.

Islam Liberal pula merupakan satu cabang daripada aliran pemikiran Islam yang cuba membuka tafsiran yang meluas terhadap ajaran dan identiti agama Islam. Pemikiran dan falsafah Islam Liberal cuba untuk membebaskan akal dan tafsiran agama daripada cengkaman pemikir-pemikir ulama terdahulu.
Islam Liberal mula kedengaran sejak kebelakangan ini sebagai menongkah arus pemahaman pemikiran Islam Fundamentalist yang dilihat kononnya mengongkong kebebasan minda dan pemikiran umat Islam. Alasan Islam liberal untuk menentang pemikiran Islam Fundamentalist adalah kerana Islam Fundamentalist merupakan satu kelompok yang rigid dan kolot serta ketinggalan dalam arus kemodenan globalisasi.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ke-74 pada 25-27 Julai 2006 memutuskan pemikiran Islam Liberal adalah sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam. Hujah yang digunakan adalah seperti Islam cuma satu, iaitu yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW menerusi al-Quran dan Sunnah.

Prinsip-prinsip seperti kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan adalah merupakan prioriti yang diperjuangkan dalam falsafah Liberalisme.

Liberalisme juga bermain-main dalam hal ekonomi. Falsafah ini menganggap bahawa sistem ekonomi pasaran bebas lebih cekap dan menjana lebih banyak kemakmuran. Apabila ekonomi pasaran bebas dibuka melalui sistem ekonomi globalisasi, maka interaksi pembelian dan penjualan akan turut rancak, kononnya. Padahal sistem liberalisme memiskinkan negara-negara Islam, kerana umat Islam pada hari ini tidak mempunyai banyak syarikat multi-cooperation yang mampu untuk bersaing ke dunia global. Ini adalah satu bentuk penjajahan ekonomi ke atas negara-negara Islam yang miskin.

Liberalisme menolak kebanyakan tanggapan asas dalam hampir semua teori pembentukan kerajaan awal seperti seperti hak-hak raja. "Ketuanan Rakyat" yang dilaung-laungkan oleh Anwar Ibrahim sebenarnya ingin menjatuhkan sistem pemerintahan Beraja. Raja yang mempunyai peranan penting dalam menjaga Agama Islam, Bahasa Melayu dan Orang melayu juga dipersoalkan oleh Pembangkang.
Kononnya Raja sudah tidak releven dalam Pentadbiran negara kerana wujudnya Parlimen yang memerintah negara. Mereka mengatakan bahawa Raja hanya boneka. Mereka telah lupa tentang dasar Undang-undang negara. Negara Malaysia terbentuk dengan undang-undang tubuhnya sejak dari awal lagi. Negara ini merupakan negara yang mempunyai sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan.
Maka dengan sistem ini, institusi Raja haruslah dipeliharan dan dihormati. Sejarah telah melakarkan bahawa Rajalah bermain peranan dalam penyebaran Islam di kepulauan melayu. Apakah mereka lupa tentang kegemilangan Islam di Melaka yang dilakukan oleh Raja pada zaman kegemilangan Islam? Kemelut di Perak sekali lagi memperlihatkan wujud unsur-unsur Liberalisme dalam berpolitik apabila mereka Pakatan Pembangkang menjatuhkan maruah Sultan (Raja).
Malah penyokong fanatik Pembangkang bertindak keterlaluan dengan mempamerkan tindakan bodoh dengan berbaring di atas jalan raya untuk menahan kereta sultan. Sifat kurang ajar telah disemai di jiwa rakyat untuk menentang institusi Raja yang merupakan penaung kepada Agama Islam. Apa yang menyedihkan hal ini dilakukan oleh orang melayu sendiri, bukan orang Cina mahupun India. Mereka bangsa lain sendiri segan dengan Raja kita. Situasi ini pula berlaku disebabkan wujudnya pejuang Liberalisme Anwar Ibrahim yang mereka anggap sebagai Pejuang Islam.


Liberalisme budaya juga merupakan aspek penting dalam pemiiran Islam liberal. Liberalisme menekankan hak-hak peribadi yang berkaitan dengan cara hidup dan perasaan hati termasuk Kebebasan seksual, Kebebasan beragama, Kebebasan pemahaman dan pelindungan dari campur tangan kerajaan di Kehidupan peribadi. Dalam falsafah liberalisme, hak-hak peribadi seperti meliwat, berzina dan yang melibatkan maruah diri seharusnya private dan tidak diganggu oleh mana-mana pihak. Demikian juga dengan kebebasan agama. Kerajaan tidak seharusnya mencampuri urusan agama seseorang hanya kerana "tidak ada paksaan dalam agama-La ikraaha fiddin).


Maka dengan melihat fenomena apa yang berlaku di negara Malaysia, penulis mengambil kesimpulan bahawa perjuangan Anwar lebih kepada falsafah Liberalisme yang bertunjangkan ideologi humanisme yang diperjuangkan oleh ahli falsafah eropah John Locke.


Anwar Ibrahim pernah menyokong Hindraf dalam kebebasan hak asasi manusia. Anwar Ibrahim juga pernah menyokong Majlis Peguam dalam kebebasan beragama. Juga, Anwar Ibrahim sendiri menyokong kebebasan seksual dengan peribadinya sendiri yang mencabuli anak muda. Anwar Ibrahim juga pernah mengadu domba dua parti islam di Malaysia iaitu UMNO dan PAS dengan menyamakan dua parti ini seperti Hamas dan Fatah.

Dua parti Islam ini yang mahu bekerjasamapun, Anwar cuba membuat satu tembok ilusi dengan alasan Pakatan pembangkang sudah ditubuhkan dan lebih baik. Dua parti Melayu-Islam ini tidak jadi bekerjasama hanya kerana wujudnya Anwar menyucuk Nik Aziz dan pemimpin Pas yang lain untuk terus tidak bermuzakarah.
Maka dengan ini sudah cukup argumentasi untuk penulis mengatakan bahawa Perjuangan Anwar Ibrahim adalah perjuangan "Liberalisme" alaf modenisasi. Falsafah Liberalisme barat yang halus untuk menjajah pemikiran rakyat Malaysia untuk tidak memperjuangkan "Islamic State". Pemikiran yang hanya memperjuangkan "Demokrasi Ala-Barat" yang menjatuhkan "Islamic State". Agenda "Islamic State" yang merupakan agenda utama yang diperjuangkan oleh Tun Mahathir Mohammad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah lalu.
Haruskah kita bercakaran dan bergaduh hanya kerana memperjuangkan seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim yang mana identiti falsafahnya tidak diketahui oleh golongan Marhaen. Harus berapa banyakkah lagi kerugian yang harus orang Melayu-Islam alami hanya kerana membiarkan kita diperkotak-katikkan oleh Falsafah barat?
Dan haruskan kita dipermainkan ditendang bagaikan bola yang tidak ada maruah sedangkan kita merupakan pribumi ketuanan melayu-Islam? Jadi, sebatang lidi mudah dipatahkan, tetapi tidak pada seikat lidi. Penyatuan Melayu-Islam harus dimulakan dengan pelbagai muzakarah dan musyawarah tanpa menghilangkan identiti mana-mana kumpulan supaya lidi tidak mudah dipatahkan. Elakkan diri kita dimainkan oleh Falsafah Liberalisme yang merupakan senjata yangtelah banyak menghancurkan negara-negara di luar sana.
Now, U Know What I Want? KESATUAN UMMAH!!!

[...]

Pelakon Tamil Brader Anwar Melambatkan Proses Perbicaraannya

5 comments




Dengan meminjam istilah yang digunakan oleh "Minda Info Kita" terhadap Brader Anwar sebagai pelakon "Hero Tamil", penulis ingin sekali lagi ingin menguatkan istilah tersebut. "Hero Tamil" ini sememangnya suka berlakon dan melambat-lambatkan proses perbicaraan. Walaupun penulis tidak suka dengan filem-filem yang berunsurkan jalan cerita yang hampir sama sahaja, tetapi dalam cerita "Hero Tamil" yang dilakoni oleh pelakon terbaik Malaysia iaitu Anwar Ibrahim, penulis terpaksa untuk meminati filem Tamil.

Penulis berasa sedih dan marah terhadap permainan Anwar yang sengaja melambatkan proses perbicaraan ini di mahkamah. Terlalu banyak delay dilakukan oleh beliau. Bukan hanya sebulan dua, tetapi kini sudah mengjangkau setahun sejak Saudara Saiful mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar pada bulan Jun tahun lepas lagi.

Penulis juga berasa kesal kerana saudara Saiful yang dizalimi terpaksa menunggu lagi. Telah banyak dugaan saudara Saiful yang perlu ditempuhinya. Delay ini membuka peluang bagi penyokong Anwar untuk terus menerus menyerang saudara Saiful dengan kata-kata kesat, sehinga pernah diberitakan bahawa semangat dan moral saudara saiful telah down. Saudara Saiful terpaksa mengalami tekanan psikologi dan jiwa dari pelbagai pihak.

Malah saudara Saiful telah difitnah dengan bermacam-macam penyakit setelah dia bersumpah laknat. Pada hakikatnya saudara Saiful masih sihat dan segak menghadapi kehidupan ini seperti biasa. Walaupun Anwar masih bacul untuk bersumpah laknat.

Saiful yang berada dalam keadaan emosi yang tidak selesa dengan penangguhan ini sekali lagi berasa kecewa dengan lakonan hero tamil ini. Hero Tamil ini sememangnya tidak mahu dibicarakan walaupun beliau terus mengatakan "bicarakan saya di mahkamah".

Suatu yang sangat paradoks apabila beliau pernah mengatakan "bicara kan saya di mahkamah", tetapi berusaha pula untuk "gugurkan kes saya di mahkamah". kalau demikian, Brader Anwar sememangnya telah memainkan watak Hero Tamil yang banyak diminati oleh penyokongnya sendiri.

Kami mengharapkan agar saudara Saiful terus tabah kerana kebenaran itu pasti akan mengalahkan kebatilan. Sesungguhnya kebatilan itu rapuh dan akan reput ditelan masa. Kebenaran itu pula akan terus hidup di mana-mana sahaja. Seperti kata-kata falsafah "Kebatilan sudah hampir mengelilingi dunia, sebelum kebenaran baru melangkahkan kakinya untuk mengelilingi dunia". Kata-kata falsafah ini menunjukkan bahawa kebenaran akan muncul juga akhirnya walaupun kebatilan itu sudah merebak ke serata dunia.

Permainan dan lakonan dalam filem ini juga akan tamat dan akan habis sebagai mana filem-filem tamil di seluruh dunia. Tidak ada satupun filem yang terus bermain sehingga hari kiamat, pasti juga akan berakhir.

Ingatlah wahai saudara Saiful, bahawa Allah telah menjanjikan kita bahawa kebenaran akan menghapuskan kebatilan seperti mana dalam firmannya "Innal bathila kaana zahuuqaa". maksudnya "sesungguhnya kebatilan pasti akan lenyap".
Yang pastinya, nilai "kesabaran" itulah yang dikehendaki oleh Tuhan dari hamba-hambanya yang mengenal erti sebenar perhambaan untuk melihat jarak value kita sebagai hambanya. Allah tidak akan menyia-sia kan kesabaran hambanya sehinggalah kemenangan akan diberikan kepada orang-orang yang sabar.
Kerana kemenangan dan kejayaan hanyalah berhak untuk mereka yang sabar dan terus berjuang.
Aja-Aja Fighting !!!! Berusaha !!!


Emang Da Galileo
Pencinta Kebenaran
Cairo

[...]

Anwar Memang Seorang Peliwat Malaysia !!!

7 comments





Anwar cuba membuat pelbagai cara untuk mengklaim bahawa mahkamah di Malaysia tidak adil. Hal ini kerana apabila keputusan akhir mahkamah membuktikan bahawa sememangnya Anwar adalah seorang peliwat, orang ramai tidak akan percaya disebabkan Anwar sudah membentuk satu persepsi masyarakat bahawa mahkamah tidak adil dan berat sebelah.

Anwar sedaya upaya membuat pelbagai persepsi dan tafsiran yang salah terhadap institusi kehakiman yang paling bermaruh di negara ini. Anwar cuba membangkitkan kemarahan rakyat agar memberontak kerana institusi kehakiman tidak adil terhadap dirinya.

Jikalau Anwar tidak mempercayai mahkamah, siapa lagi yang harus dipercayai? sedangkan Tuhan sendiripun tidak dipercayainya apabila beliau enggan bersumpah. Sumpah laknat diadili sendiri oleh Tuhan. Sistem kehakiman yang diadili oleh manusia juga sudah tidak dipercayai, begitu juga dengan sistem sumpah laknat dalam syariat Islam juga tidak dituruti, maka dua premis ini mengesahkan bahawa sememangnya Anwar seorang peliwat.

Apa yang menyedihkan, Anwar telah membawa dan mengajak rakyat yang menyokongnya untuk memberontak dan melakukan demonstrasi jalanan jikalau keputusan mahkamah tidak menyebelahi kepada beliau. Beliau sememangnya sudah tahu bahawa beliau bersalah dan akan dipenjarakan kerana meliwat, maka dengan inilah peluang akhir Anwar adalah untuk mengumpulkan rakyat berdemonstrasi untuk mengkucar kacirkan negara.

Masalah peribadi beliau pula seakan merupakan masalah semua rakyat Malaysia. Hal ini kerana beliau bijak membuat satu persepsi kabur bahawa beliau adalah seorang tokoh yang berjuang untuk rakyat. Perjuangan beliau semata-mata untuk rakyat dan golongan marhaen kononnya. Sedangkan pada hakikatnya beliau menunggangi rakyat atas nama demokrasi yang menggunakan rakyat untuk mencapai kehendak nafsu pribadinya.

Situasi inilah yang kita khuatiri dalam landskap politik Malaysia. Politik yang menunggangi rakyat sebagai satu tiket untuk mencapai nafsu berahi pribadi. Sudahlah Anwar bersalah, rakyat pula yang sebahagiannya tidak memahami gerak politk dan falsafah politik orang tertentu turut melakukan kesalahan dengan menghancurkan harta awam jikalau demonstrasi dan reformasi 98 ditiupkan kembali. Hanya kerana suka menerima bulat-bulat, salah tanggapan dan suka menerima hasutan manusia yang bertopengkan agama.

Demonstrasi yang tidak bertamadun dan reformasi yang tidak mengenal nilai kemanusiaan yang sebenar akan sekali lagi berulang di negara ini. Rakyat yang mempunyai semangat berapi-api yang tertipu dengan retorika Anwar Ibrahim akan turun ke jalan-jalan raya dan menganggu keamanan negara. Rakyat sekali lagi akan merosakkan banyak harta benda awam dan infrastruktur yang telah lama wujud di Malaysia.

Apa yang menyedihkan, Status negara Malaysia yang dilihat oleh masyarakat antarabangsa di luar negara akan sekali lagi terhakis dan ternoda. Berita-berita penting seperti CNN, BBC dan Al Jazirah akan sekali lagi memaparkan pergolakan politik yang kotor yang kononnya berlaku di negara ini. Anwar berjaya memburukkan nama Malaysia di mata dunia.

Penulis baru sahaja menerima khabar dari Malaysia bahawa Anwar cuba meniupkan semula api semangat reformasi '98 dengan mendakwa beliau akan dipenjarakan semula selepas Julai nanti. Beberapa hari yang lalu, PKR mengadakan ceramah di Stadium Mini, Kajang. Diberitakan bahawa seramai 4000 orang hadir dalam ceramah tersebut.


Antara penceramah yang hadir adalah Sivarasa Rasiah, Tian Chua, Nizar Jamaluddin dan beberapa tokoh pemimpin PKR yang lain. Kesemua bentuk ceramah mereka bernuansakan meniup semangat reformasi yang tidak mempercayai mahkamah. Mereka mengklaim mahkamah bahawa Mahkamah didalangi oleh orang-orang tertentu dalam mereka-rasa bukti liwat.

Institusi penting di negara ini telah tercalar disebabkan oleh PKR sahaja . Satu parti yang baru setahun jagung ini telah mengkotori maruah institusi kehakiman negara. Institusi yang sudah berdiri teguh sejak tertubuhnya negara bangsa di bumi ini telah ternoda dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas disebabkan oleh parti yang baru muncul ini.


Jangan biarkan Anwar mencalari imej negara dan jangan sampai biarkan beliau menunggangi rakyat dan golongan marhaen yang lain untuk merosakkan keamanan di Malaysia. Jangan sampai imej "Malaysia-Truly Asia" hilang disebabkan kekacauan dan reformasi yang dicetuskan hanya kerana rakyat ditipu bahawa Anwar dizalimi.


Bukan setakat sistem Kehakiman negara yang Anwar tidak percaya, malah Sistem Syariah pun beliau tidak percaya apabila beliau enggan "bersumpah laknat" untuk membersihkan dirinya. "Sumpah Laknat" merupakan satu bentuk pembelaan diri yang releven dan utuh dalam tunjang sistem syariah Islam. Maka dua premis ini suda cukup untuk membuktikan bahawa Anwar memang meliwat Saiful dan beliau merupakan peliwat Malaysia dalam mencalari imej negara kita.

So, U Know What I Say......


Islamic Fundamentalist

[...]

Konsert "Satu Wajah" M.Nasir

4 comments




Konsert "Satu Wajah" M.Nasir





M.Nasir akan mengadakan konsert besar-besaran pada 25 Julai di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada pukul 8 malam. Tema konsert beliau bertajuk "Satu Wajah".


M.Nasir akan membawa satu ekspresi rasa seni yang tinggi apabila beliau menggunakan tajuk konsert beliau dengan nama "Satu Wajah" .


Beliau seakan ingin melakukan satu bentuk luahan "kritik-politik" yang berlaku dalam politik tanah air.

Dengan melihat banyak pergolakan politik yang tidak enak berlaku di Malaysia, M.Nasir tampil dengan membawa dakwah secara halus dan berseni dalam merungkai kekusutan landskap politik terkini yang disebabkan oleh satu partikel munafik (Pelbagai Wajah) dengan konsert terbarunya yang akan diadakan nanti.

Ya, Satu Wajah. Suatu lafaz yang sangat paradoks dengan Anwar Ibrahim yang memiliki beberapa Wajah dan watak.

Anwar Ibrahim yang sememangnya sudah diketahui sebagai politikus yang memiliki bermacam-macam wajah, secara tidak langsung terkait dengan konsert "Satu Wajah" ini. Tapi perhubungan ini lebih kepada perlawanan kata namun interrelation maknanya.

Ini adalah satu bentuk kritik-sinis kepada rakyat. Wajah Anwar sememangnya sukar ditafsir oleh rakyat biasa tetapi mudah ditafsir bagi mereka yang sentiasa berfikir dan berjiwa seni.

Ini ditambah lagi dengan bulan konsert M.Nasir yang berlangsung pada Bulan Julai. Bulan di mana Anwar dibicarakan di mahkamah. Bulan kebenaran yang akan menamatkan karier politik jahatnya terhadap Malaysia.

Seakan Seniman M.Nasir ingin menyampaikan satu ekspresi rasa seni yang tinggi dan penuh melankolik dalam pembawaanya kritik sinis politik dengan tema konsert beliau "Satu Wajah" di Stadium Negara nanti.

Seperti yang diketahui Anwar Ibrahim mempunyai bermacam-macam wajah. Ini dapat dibuktikan melalui kata-kata bekas kawan-kawan lamanya sendiri.

Sebagai memetik kata-kata bekas kawan rapatnya Nallakaruppan "Anwar memiliki macam-macam wajah, pagi times dia berpuasa, malam times dia melakukan pekara yang tidak dilakukan oleh umat Islam".

Juga sebagai memetik kata-kata bekas teman rapatnya Ezam Mohd. Norr " Anwar ni jumpa pemimpin PAS dia cakap lain, bla blaa blaa. Jumpa pemimpin DAP, dia cakap lain..blaa blaa blaa...saya ada di sebelah dia. arr, ini dia wajah Anwar Ibrahim !! "

"Satu Wajah". Tema yang akan dibawa dan dipersembahkan oleh M.Nasir dalam konsertnya di Stadium Negara nanti pada Bulan Julai ini. Jom kita datang beramai-ramai untuk meyaksikan konsert beliau di sana.

Marilah kita sama-sama menghayati konsert "Satu Wajah" M.Nasir ini supaya kita dapat mengenal siapa diri kita samaada memiliki satu wajah ataupun pelbagai wajah. Semoga ianya dapat mengevaluasikan diri kita siapa sebenarnya kita yang menumpang di bumi Tuhan ini..

Wassalam..


M.Nasir's Fanatic
(Anti-Munafiq)

[...]
 
© 2009 | EMANG DA GALILEO |