Pelakon Tamil Brader Anwar Melambatkan Proses Perbicaraannya




Dengan meminjam istilah yang digunakan oleh "Minda Info Kita" terhadap Brader Anwar sebagai pelakon "Hero Tamil", penulis ingin sekali lagi ingin menguatkan istilah tersebut. "Hero Tamil" ini sememangnya suka berlakon dan melambat-lambatkan proses perbicaraan. Walaupun penulis tidak suka dengan filem-filem yang berunsurkan jalan cerita yang hampir sama sahaja, tetapi dalam cerita "Hero Tamil" yang dilakoni oleh pelakon terbaik Malaysia iaitu Anwar Ibrahim, penulis terpaksa untuk meminati filem Tamil.

Penulis berasa sedih dan marah terhadap permainan Anwar yang sengaja melambatkan proses perbicaraan ini di mahkamah. Terlalu banyak delay dilakukan oleh beliau. Bukan hanya sebulan dua, tetapi kini sudah mengjangkau setahun sejak Saudara Saiful mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar pada bulan Jun tahun lepas lagi.

Penulis juga berasa kesal kerana saudara Saiful yang dizalimi terpaksa menunggu lagi. Telah banyak dugaan saudara Saiful yang perlu ditempuhinya. Delay ini membuka peluang bagi penyokong Anwar untuk terus menerus menyerang saudara Saiful dengan kata-kata kesat, sehinga pernah diberitakan bahawa semangat dan moral saudara saiful telah down. Saudara Saiful terpaksa mengalami tekanan psikologi dan jiwa dari pelbagai pihak.

Malah saudara Saiful telah difitnah dengan bermacam-macam penyakit setelah dia bersumpah laknat. Pada hakikatnya saudara Saiful masih sihat dan segak menghadapi kehidupan ini seperti biasa. Walaupun Anwar masih bacul untuk bersumpah laknat.

Saiful yang berada dalam keadaan emosi yang tidak selesa dengan penangguhan ini sekali lagi berasa kecewa dengan lakonan hero tamil ini. Hero Tamil ini sememangnya tidak mahu dibicarakan walaupun beliau terus mengatakan "bicarakan saya di mahkamah".

Suatu yang sangat paradoks apabila beliau pernah mengatakan "bicara kan saya di mahkamah", tetapi berusaha pula untuk "gugurkan kes saya di mahkamah". kalau demikian, Brader Anwar sememangnya telah memainkan watak Hero Tamil yang banyak diminati oleh penyokongnya sendiri.

Kami mengharapkan agar saudara Saiful terus tabah kerana kebenaran itu pasti akan mengalahkan kebatilan. Sesungguhnya kebatilan itu rapuh dan akan reput ditelan masa. Kebenaran itu pula akan terus hidup di mana-mana sahaja. Seperti kata-kata falsafah "Kebatilan sudah hampir mengelilingi dunia, sebelum kebenaran baru melangkahkan kakinya untuk mengelilingi dunia". Kata-kata falsafah ini menunjukkan bahawa kebenaran akan muncul juga akhirnya walaupun kebatilan itu sudah merebak ke serata dunia.

Permainan dan lakonan dalam filem ini juga akan tamat dan akan habis sebagai mana filem-filem tamil di seluruh dunia. Tidak ada satupun filem yang terus bermain sehingga hari kiamat, pasti juga akan berakhir.

Ingatlah wahai saudara Saiful, bahawa Allah telah menjanjikan kita bahawa kebenaran akan menghapuskan kebatilan seperti mana dalam firmannya "Innal bathila kaana zahuuqaa". maksudnya "sesungguhnya kebatilan pasti akan lenyap".
Yang pastinya, nilai "kesabaran" itulah yang dikehendaki oleh Tuhan dari hamba-hambanya yang mengenal erti sebenar perhambaan untuk melihat jarak value kita sebagai hambanya. Allah tidak akan menyia-sia kan kesabaran hambanya sehinggalah kemenangan akan diberikan kepada orang-orang yang sabar.
Kerana kemenangan dan kejayaan hanyalah berhak untuk mereka yang sabar dan terus berjuang.
Aja-Aja Fighting !!!! Berusaha !!!


Emang Da Galileo
Pencinta Kebenaran
Cairo

5 comments:

Pondan said...

Peliwat tegar negara No.1,

Brader AnuWar Bin Ibrahim = Sivaji the Boss

Anonymous said...

sapa nak selamat dunia akhirat sokonglah islam

PKMPL said...

yer sokonglah umno yg membantu umat islam selama ini dan bukannya pakai label islam tapi perangai suka bermusuh dgn umat islam. (ulama jahat? penyumbangleweng agama yang megutamakan harta dan isteri2 yg ramai tak termasuk girlfreind yg akhirnya kena tangkap basah lepas tu guna kuasa mb lepaskan pengkhalwat)serta yg taat dan tunduk kepada kafir harbi!!!

Anonymous said...

Terima kasih saudara diatas sokongan dan kata-kata semangat buat saudara Saiful. Saya, bagi pihak beliau dan keluarga amat menyanjung tinggi usaha dan pengorbanan dari orang2 seperti saudara, yang mana, walau kalian tidak pernah mengenali kami, namun, usaha2 yang kalian buat, kadang2 saya rasa adalah lebih HEBAT dari apa yang sebahagian ahli keluarga kami lakukan.
Allah sahajalah yang lebih mengetahui untuk membalas jasa baik kalian semua!

Saya percaya dan yakin ini semua adalah diatas kesedaran dan perjuangan menuntut keadilan bukan hanya buat Saiful sahaja...tetapi, bagi yang mahu memikir dan memerhati dengan lebih halus lagi....Ianya adalah satu usaha TERSIRAT menyelamatkan Bangsa Melayu bertunjangkan Agama Islam dari terus terhumban kelembah kehancuran.

Buat Anwar, kita boleh berbohong seluruh alam tapi makhluk yang satu itu tidak boleh dibohongi iaitu diri kita sendiri.Kebenaran dari Allah itu pasti datang menjengah kita.

Lok7

EMANG said...

salam Lok7...

sama-sama saudara Lok7...
:)
Allah bersama-sama dengan hambaNya yang Sabar

kita sama-sama untuk menegakkan keadilan dan kebenaran..kerana kebenaran itu ada di mana-mana.

Post a Comment

 
© 2009 | EMANG DA GALILEO |