Konsert "Satu Wajah" M.Nasir




Konsert "Satu Wajah" M.Nasir





M.Nasir akan mengadakan konsert besar-besaran pada 25 Julai di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada pukul 8 malam. Tema konsert beliau bertajuk "Satu Wajah".


M.Nasir akan membawa satu ekspresi rasa seni yang tinggi apabila beliau menggunakan tajuk konsert beliau dengan nama "Satu Wajah" .


Beliau seakan ingin melakukan satu bentuk luahan "kritik-politik" yang berlaku dalam politik tanah air.

Dengan melihat banyak pergolakan politik yang tidak enak berlaku di Malaysia, M.Nasir tampil dengan membawa dakwah secara halus dan berseni dalam merungkai kekusutan landskap politik terkini yang disebabkan oleh satu partikel munafik (Pelbagai Wajah) dengan konsert terbarunya yang akan diadakan nanti.

Ya, Satu Wajah. Suatu lafaz yang sangat paradoks dengan Anwar Ibrahim yang memiliki beberapa Wajah dan watak.

Anwar Ibrahim yang sememangnya sudah diketahui sebagai politikus yang memiliki bermacam-macam wajah, secara tidak langsung terkait dengan konsert "Satu Wajah" ini. Tapi perhubungan ini lebih kepada perlawanan kata namun interrelation maknanya.

Ini adalah satu bentuk kritik-sinis kepada rakyat. Wajah Anwar sememangnya sukar ditafsir oleh rakyat biasa tetapi mudah ditafsir bagi mereka yang sentiasa berfikir dan berjiwa seni.

Ini ditambah lagi dengan bulan konsert M.Nasir yang berlangsung pada Bulan Julai. Bulan di mana Anwar dibicarakan di mahkamah. Bulan kebenaran yang akan menamatkan karier politik jahatnya terhadap Malaysia.

Seakan Seniman M.Nasir ingin menyampaikan satu ekspresi rasa seni yang tinggi dan penuh melankolik dalam pembawaanya kritik sinis politik dengan tema konsert beliau "Satu Wajah" di Stadium Negara nanti.

Seperti yang diketahui Anwar Ibrahim mempunyai bermacam-macam wajah. Ini dapat dibuktikan melalui kata-kata bekas kawan-kawan lamanya sendiri.

Sebagai memetik kata-kata bekas kawan rapatnya Nallakaruppan "Anwar memiliki macam-macam wajah, pagi times dia berpuasa, malam times dia melakukan pekara yang tidak dilakukan oleh umat Islam".

Juga sebagai memetik kata-kata bekas teman rapatnya Ezam Mohd. Norr " Anwar ni jumpa pemimpin PAS dia cakap lain, bla blaa blaa. Jumpa pemimpin DAP, dia cakap lain..blaa blaa blaa...saya ada di sebelah dia. arr, ini dia wajah Anwar Ibrahim !! "

"Satu Wajah". Tema yang akan dibawa dan dipersembahkan oleh M.Nasir dalam konsertnya di Stadium Negara nanti pada Bulan Julai ini. Jom kita datang beramai-ramai untuk meyaksikan konsert beliau di sana.

Marilah kita sama-sama menghayati konsert "Satu Wajah" M.Nasir ini supaya kita dapat mengenal siapa diri kita samaada memiliki satu wajah ataupun pelbagai wajah. Semoga ianya dapat mengevaluasikan diri kita siapa sebenarnya kita yang menumpang di bumi Tuhan ini..

Wassalam..


M.Nasir's Fanatic
(Anti-Munafiq)

4 comments:

Kelab Sahabat M.Nasir said...

Tarikh: 25 Julai 2009
Tempat : Stadium Negara, Kuala Lumpur.
Masa : 8 mlm
Harga Tiket : RM383, RM253, RM153, RM83 dan RM53

**Setiap pembelian tiket yang berharga RM383 dan RM253 akan diberikan pelekat kereta VIP dan barangan cenderahati. Tawaran ini hanya terhad kepada 1000 pembeli pertama.

Sila layari Ticket Hotline(www.tickethotline.com.my) atau boleh menghubungi talian 03-7725 1177/ 1166.
03-7725 1177/ 1166.

Pihak penganjur amat mengalu-alukan kesudian para penaja yang berminat untuk turut sama menyumbang dan menjayakan konsert mega yang dijangkakan akan mendapat sambutan baik di kalangan pencinta muzik tanahair dan secara tak langsung kerjasama dan kolaborasi sebegini dapat mengembangkan pertumbuhan industri muzik tanahair.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Samirah Hambali/ Rohani Ismail/ Lisa Tahir
Maya Axis Creative Sdn Bhd
No 1-6 1st Floor, Jalan Kenari 12B
Puchong Jaya
47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan
Tel No: 03 - 8076 9872 / 73
Fax No: 03 - 8070 7871

Berita baik untuk Kelab Sahabat M.Nasir (Telunjuk Lurus Digalas Ibu Jari, Sahabat Tulus Mengasah Hati Budi)

- Tiket terhad berharga RM80 (infront of stage)..
- 15% diskaun (utk tiket beharga RM383, RM253, RM183, RM83 dan RM53)

** Maklumat lanjut hubungi Ms Ain 0143262934 atau di Luncai Emas Sdn Bhn > Tel: 0361561357/6700 email : lcemas1@gmail.com

Klon M.Nasir said...

kata-kata M.Nasir "

Music has to have its soul and its own original form.
The soul must be strong and the form must be clear.
Its form must be able to be heard and able to highlight its true, original self..
The form must be expressed as required by the soul or spirit."

arifomar said...

ada kelas dan berada dalam kelas yang terseniri blog anda. amat baik layout dan kemas. tulisan pun amat baik. cuma saya tak dapat nak follow saja. ada masalah di ruangan follower anda. saya dah linkkan di blog saya. salam perkenalan

EMANG said...

thank u arifomar...

salam perkenalan

:)

Post a Comment

 
© 2009 | EMANG DA GALILEO |