Anwar Memang Seorang Peliwat Malaysia !!!





Anwar cuba membuat pelbagai cara untuk mengklaim bahawa mahkamah di Malaysia tidak adil. Hal ini kerana apabila keputusan akhir mahkamah membuktikan bahawa sememangnya Anwar adalah seorang peliwat, orang ramai tidak akan percaya disebabkan Anwar sudah membentuk satu persepsi masyarakat bahawa mahkamah tidak adil dan berat sebelah.

Anwar sedaya upaya membuat pelbagai persepsi dan tafsiran yang salah terhadap institusi kehakiman yang paling bermaruh di negara ini. Anwar cuba membangkitkan kemarahan rakyat agar memberontak kerana institusi kehakiman tidak adil terhadap dirinya.

Jikalau Anwar tidak mempercayai mahkamah, siapa lagi yang harus dipercayai? sedangkan Tuhan sendiripun tidak dipercayainya apabila beliau enggan bersumpah. Sumpah laknat diadili sendiri oleh Tuhan. Sistem kehakiman yang diadili oleh manusia juga sudah tidak dipercayai, begitu juga dengan sistem sumpah laknat dalam syariat Islam juga tidak dituruti, maka dua premis ini mengesahkan bahawa sememangnya Anwar seorang peliwat.

Apa yang menyedihkan, Anwar telah membawa dan mengajak rakyat yang menyokongnya untuk memberontak dan melakukan demonstrasi jalanan jikalau keputusan mahkamah tidak menyebelahi kepada beliau. Beliau sememangnya sudah tahu bahawa beliau bersalah dan akan dipenjarakan kerana meliwat, maka dengan inilah peluang akhir Anwar adalah untuk mengumpulkan rakyat berdemonstrasi untuk mengkucar kacirkan negara.

Masalah peribadi beliau pula seakan merupakan masalah semua rakyat Malaysia. Hal ini kerana beliau bijak membuat satu persepsi kabur bahawa beliau adalah seorang tokoh yang berjuang untuk rakyat. Perjuangan beliau semata-mata untuk rakyat dan golongan marhaen kononnya. Sedangkan pada hakikatnya beliau menunggangi rakyat atas nama demokrasi yang menggunakan rakyat untuk mencapai kehendak nafsu pribadinya.

Situasi inilah yang kita khuatiri dalam landskap politik Malaysia. Politik yang menunggangi rakyat sebagai satu tiket untuk mencapai nafsu berahi pribadi. Sudahlah Anwar bersalah, rakyat pula yang sebahagiannya tidak memahami gerak politk dan falsafah politik orang tertentu turut melakukan kesalahan dengan menghancurkan harta awam jikalau demonstrasi dan reformasi 98 ditiupkan kembali. Hanya kerana suka menerima bulat-bulat, salah tanggapan dan suka menerima hasutan manusia yang bertopengkan agama.

Demonstrasi yang tidak bertamadun dan reformasi yang tidak mengenal nilai kemanusiaan yang sebenar akan sekali lagi berulang di negara ini. Rakyat yang mempunyai semangat berapi-api yang tertipu dengan retorika Anwar Ibrahim akan turun ke jalan-jalan raya dan menganggu keamanan negara. Rakyat sekali lagi akan merosakkan banyak harta benda awam dan infrastruktur yang telah lama wujud di Malaysia.

Apa yang menyedihkan, Status negara Malaysia yang dilihat oleh masyarakat antarabangsa di luar negara akan sekali lagi terhakis dan ternoda. Berita-berita penting seperti CNN, BBC dan Al Jazirah akan sekali lagi memaparkan pergolakan politik yang kotor yang kononnya berlaku di negara ini. Anwar berjaya memburukkan nama Malaysia di mata dunia.

Penulis baru sahaja menerima khabar dari Malaysia bahawa Anwar cuba meniupkan semula api semangat reformasi '98 dengan mendakwa beliau akan dipenjarakan semula selepas Julai nanti. Beberapa hari yang lalu, PKR mengadakan ceramah di Stadium Mini, Kajang. Diberitakan bahawa seramai 4000 orang hadir dalam ceramah tersebut.


Antara penceramah yang hadir adalah Sivarasa Rasiah, Tian Chua, Nizar Jamaluddin dan beberapa tokoh pemimpin PKR yang lain. Kesemua bentuk ceramah mereka bernuansakan meniup semangat reformasi yang tidak mempercayai mahkamah. Mereka mengklaim mahkamah bahawa Mahkamah didalangi oleh orang-orang tertentu dalam mereka-rasa bukti liwat.

Institusi penting di negara ini telah tercalar disebabkan oleh PKR sahaja . Satu parti yang baru setahun jagung ini telah mengkotori maruah institusi kehakiman negara. Institusi yang sudah berdiri teguh sejak tertubuhnya negara bangsa di bumi ini telah ternoda dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas disebabkan oleh parti yang baru muncul ini.


Jangan biarkan Anwar mencalari imej negara dan jangan sampai biarkan beliau menunggangi rakyat dan golongan marhaen yang lain untuk merosakkan keamanan di Malaysia. Jangan sampai imej "Malaysia-Truly Asia" hilang disebabkan kekacauan dan reformasi yang dicetuskan hanya kerana rakyat ditipu bahawa Anwar dizalimi.


Bukan setakat sistem Kehakiman negara yang Anwar tidak percaya, malah Sistem Syariah pun beliau tidak percaya apabila beliau enggan "bersumpah laknat" untuk membersihkan dirinya. "Sumpah Laknat" merupakan satu bentuk pembelaan diri yang releven dan utuh dalam tunjang sistem syariah Islam. Maka dua premis ini suda cukup untuk membuktikan bahawa Anwar memang meliwat Saiful dan beliau merupakan peliwat Malaysia dalam mencalari imej negara kita.

So, U Know What I Say......


Islamic Fundamentalist

7 comments:

Nyahdotcom said...

Betul tu Emang Hensem,mak setuju apa yang emang tulis ni.Memang sesungguhnya nuar berahiM ni tak berani bersumpah.anak dia si Ezzah tu pon melarang bapak dia (sang peliwat)bersumpah.Kak Wan Jijah,diam seribu bahasa...macam dah tahu je perangai laki dia ni...nasib la kau Kak Jijah...dapat madu Jantan....AUWW....tak kuaser mak nyah....

EMANG said...

:)

Aku said...

wakakakaka..

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

PAS gila kahwin..dengan UMNO nak, dengan PKR nak, dengan DAP nak...

mungkin dengan PKR diaorang main liwat sikit

anakbukitgantang said...

salam ziarah,
Anwar cuba mengalih pandangan rakyat melalui "gerakan reformasi" -harap rakyat tak tertipu lagi, bukan sahaja dengan anwar tetapi dengan DAP,PAS dan PKR.

Putri Junairah said...

tapi apasal anak laki dia macam endah x endah jer....
dia pun pernah kena liwat ngan nuar gak ker...
penyokongnya nya pulak buat buta tuli.
biasala...geng H1N1..
Barisan Anwar Bin Ibrahim (B.A.B.I)

Putri Junairah said...

mungkin sebab terlalu malu, anak lelaki beliau
pun buat macam tak tahu sahaja...
para penyokong pun membuta tuli...
biasala...bila dah jadi geng H1N1..
Barisan Anwar Bin Ibrahim (B.A.B.1) ^_^

Post a Comment

 
© 2009 | EMANG DA GALILEO |