Puasa Kerana Allah Atau Puasa Kerana Mogok Untuk Tarik Perhatian?





Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengajak seluruh ahli Pas untuk bersama-sama berpuasa sunat selama tiga hari bagi menunjukkan sokongan kepada usaha PR sebagai membantah keputusan mahkamah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila ditanya rasional majlis mogok lapar pemimpin Pakatan Rakyat yang bermula hari ini.

Mufti Perak, Datuk Harus Sani: "Mogok lapar adalah haram di sisi agama"
Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya " Mogok tidak dibenarkan dalam Islam"

____________________________________________________________________

Puasa Kerana Allah Atau Puasa Kerana Mogok Untuk Membantah?

Astagfirullah Al-Azim..
Beginilah apabila agama digunakan dalam politik.

Nga Kor Ming menggunakan agama sebagai alat untuk politik.
Nga Kor Ming menggunakan ayat Quran untuk meraih sokongan orang islam,
Nik Aziz setuju dengan tindakan itu.


Kenapa harus Quran yang suci itu dipermainkan untuk keberlangsungan survival politik?
Kenapa harus agama yang paling tinggi nilainya itu dimanipulasikan untuk mendapatkan undi ?


Benda tu terjadi lagi........

Kenapa Pakatan Rakyat menggunakan puasa untuk memprotes mahkamah?
Kalau percayakan Tuhan, redha sajalah dengan keputusan mahkamah.
Kenapa harus ke sana sini membantah tidak puas hati?
Sedangkan mahkamah berdiri atas tunjang undang-undang.
Jikalau undang-undang tidak dipercayai, maka hancurlah negara.

Apakah ini?
Inilah politik kotor yang telah berlaku di negara kita.

Astagfirullah al azimmm..

nilaikan dua benda ini :

1.Sahaja aku berpuasa sunat esok kerana Allah taala.
2.Sahaja aku berpuasa sunat esok kerana mogok lapar untuk membantah keputusan mahkamah.

Puasa itu hanya 100% KERANA ALLAH
Jadi, kenapa harus berpuasa untuk mendemonstrasikan ketidak-puasan hati dan membuat bantahan terhadap mahkamah?
Kenapa harus agama digunakan untuk politik ?


Nizar Jamaluddin mengajak seluruh ahli Pas untuk bersama-sama berpuasa sunat selama tiga hari bagi menunjukkan sokongan kepada usaha PR.
Kenapa harus niat puasa itu sebagai niat untuk tunjukkan sokongan kepada usaha PR?

Ini namanya syirik.!!!!

Berapa banyak sudah Parti Pembangkang merosakkan nilai nilai murni dalam agama?
kini Pakatan pembangkang pula berterusan dalam merosakkan nilai-nilai agama dalam Islam?
Apakah politik lebih tinggi dari agama?

kenapa mahu menghalalkan benda yang haram?
kenapa harus mencari keserasian benda yang haram dengan benda yang halal?
Kenapa mahu menjustifikasikan benda terlarang (mogok lapar) dengan benda baik (puasa)?
kenapa mahu menundukkan agama kepada politik?

Politik sebenarnya adalah alat untuk agama.
Janganlah gunakan agama untuk politik.
politik itu adalah jalan untuk menegakkan agama.
Tapi pakatan pembangkang menggunakan agama untuk politik.

Astagfirullah Al-Azim!!!!!


Pencinta Agama Islam




PsychoticKiller

2 comments:

Ahli PKR said...

sahaja aku berpuasa kerana membantah keputusan mahkamah....bukan kerana Allah... wukakakaka..lawak PAS & PKR ni...buta agama

Anonymous said...

Salam alayk... cadangan : sila baca ini http://www.episodeperjuangan.blogspot.com/

Post a Comment

 
© 2009 | EMANG DA GALILEO |