NEO-CONSERVATIVE, AMERIKA DAN ANWAR IBRAHIM






Neo-conservatism adalah falsafah politik yang muncul di Amerika syarikat. Fahaman ini mendokong kekuasaan Amerika untuk menguasai dunia. Dalam fahaman ini, cara untuk menguasai dunia adalah melalui kuasa ketenteraan, kuasa ekonomi, mahupun diplomasi.

1.Kuasa ketenteraan digunakan sekiranya sesebuah negara itu dilihat mampu menjadi pencabar kepada kuasa ketenteraan Amerika. Amerika akan melabelkan negara tersebut sebagai negara fundamentalist dan terrorist. Dengan penglabelan ini, maka Amerika akan menggunakan kuasa ketenteraan untuk menjajah. Antara negara yang telah terkulai melalui kuasa ketenteraan adalah Afghanistan, Iraq, dan akan berlanjutan kepada Iran yang kini dilihat mempunyai potensi dalam menggugat kuasa besar Amerika.

Dalam hal ini, arkitek perang Iraq iaitu Paul Wolfowitz adalah kawan rapat Anwar Ibrahim. Selain daripada itu, Anwar Ibrahim pernah menulis surat kepada Paul Wolfowitz tanda sokongannya kepada Paul Wolfowitz dalam penyerangan Iraq. That's Point!!!

2.Kuasa Ekonomi pula digunakan kepada negara-negara yang diplomasinya adalah tinggi terhadap Amerika. Negara Islam yang kaya minyak akan digondolkan. Manakala negara Islam yang mempunyai syarikat besar Minyak akan dipinggirkan. melalui kuasa ekonomi ini, alat untuk menjajah negara lain adalah melalui IMF, pinjaman modal , syarikat multi-coorporation mahupun ekonomi globalisasi. Ekonomi globalisasi akan menghambat negara miskin utnuk meminjam modal lantas tertakluk dengan pejanjian hamba. Antara negara yang termasuk dalam permainan ini adala Korea Selatan, Indonesia dan kebanyakan negara lain.

Dalam hal ini, pada krisis ekonomi 1998, Anwar Ibrahim memaksa Tun Mahathir meminjam IMF agar Malaysia menjadi hamba kepada Amerika. Namun Tun Mahathir yang dianggap samurai asia oleh pemikir Islam tidak mengikuti telunjuk mantan timbala perdana menterinya itu. Tun tahu bahawa penghutang akan menjadi hamba kepada pemiutang. Lantas Tun membuat dasar ekonomi dalam mengikat US dolar dengan ringgit yang menyalahi undang-undang ekonomi pada masa itu. Akhirnya Malaysia selamat. Anwar sememangnya mahu Malaysia jadi hamba kepada IMF. That's point!


3.Kuasa diplomasi pula digunakan kepada negara-negara Islam yang kaya minyaknya. Diplomasi ini digunakan di negara-negara teluk yang mempunyai rizab simpanan minyak terbesar dunia Minyak merupakan aset yang beharga kepada dunia. Maka melalui diplomasi ini, syarikat minyak kepunyaan Yahudi-Amerika akan mengaut segala khazanah minyak di semua negara-negara islam. Antara negara yang termasuk melalui kaedah ini adalah Arab Saudi, Kuwait, EAU dan sebahagian negara-negara Islam yang lain. Negara Islam yang mempunyai syarikat minyak akan terus dipaksa untuk membantu rakyat dengan subsidi yang tinggi sehingga syarikat minyak kepunyaan Islam itu akan bankrap dan tidak ada modal untuk membuka explorasi minyak di mana-mana perairan dunia.

Dalam hal ini, Anwar Ibrahim menentang cadangan Tun Abdul Razak dalam menubuhkan Syarikat Petronas Milik Malaysia dengan alasan membazir dan mengambil duit rakyat. Anwar juga menentang Tun Mahathir dalam memajukan syarikat Petronas ini dengan mengatakan jurang antara orang miskin dan kaya bertambah luas . Anwar Ibrahim sekali lagi menentang Petronas pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila Anwar mahu Petronas memberi subsidi yang tinggi kepada rakyat dan mengatakan harga minyak yang tinggi membebankan rakyat miskin dan menyifatkan tindakan kerajaan melampau. Sedangkan hakikatnya harga yang tinggi itulah menguntungkan negara kita. keuntungan petronas berbalik juga kepada negara kita pada masa masa akan datang. Anwar mahu Petronas bankrap dan tidak mampu menjalankan operasinya dalam mengexplorasi minyak-minyak di perairan di serata dunia. Anwar mahu melihat negara Islam menjadi miskin dengan kebankrapan syarikat kepunyaan Islam. That's point!!!!!!!!!!!

4. Melalui falsafah neo-conservatisme ini, Amerika seharusnya dan dikehendaki melahirkan tokoh tokoh penting yang berpendidikan secularisme. Amerika juga seharusnya rapat dengan tokoh-tokoh Islam yang berfahaman modenist dan liberalist. Tokoh tokoh ini seharusnya terdiri daripada mereka yang berfikiran anti-fundamentalisme. Tokoh tokoh ini haruslah membawa fahaman demokrasi dah Human Right ke negara negara ke serata dunia dengan kebebasan bersuara untum mengondem kerajaan yang baik.

Dalam hal ini, Anwar merupakan tokoh Demokrasi yang mendapat dana dari NED (National Endowment For Democrasy). NED adalah sebuah badan NGO yang penting di Amerika dalam penyebaran fahaman Demokrasi ke serata dunia. Anwar Ibrahim beberapa tahun yang lepas membentangkan kertas kerjanya bertajuk Islam dan demokrasi di New York. That's Point!!!!!

5. Melalui demokrasi ini, kebebasan bersuara adalah alat untuk menjatuhkan pemerintah yang baik. Kebebasan bersuara akan dimanipulasikan oleh Amerika untuk memasuki sebuah negara. Seperti mana yang berlaku di Iraq, NGO NGO mengomen tentang ketidakadilan Saddam dalam memperlakukan orang-orang Syiah di negaranya. Maka NGO inilah digunakan oleh Amerika sebagai tiket untuk memasuki sebuah negara. Selain daripada metodolgi itu, kaedah mahupun cara yang lain adalah mendokong Free market untuk menjajah negara-negara lain yang miskin. Kaedah terakhir adalah mencipta "social welfare " (kabajikan sosial) untuk masyarakat civil menjalankan hak mereka tanpa dibelenggu oleh pemerintah.

Sedarkah kita bahawa NGO seperti HINDRAF itu disokong oleh Anwar Ibrahim. IFC juga disokong oleh Anwar Ibrahim. Majlis Peguam yang mahu kebebasan beragama dibuka kepada rakyat juga disokong oleh Anwar Ibrahim. Dalam hal ini, sekali lagi Anwar menggunakan kebebasan bersuaranya dalam menjatuhkan pemerintahan Pak Lah. Konsep dan agenda Pak Lah dalam Islam Hadhari, Towering Malay, Kelas Minda Pertama, Minda Keusahawanan Melayu kesemuanya tersekat dan terhenti. Kesemua ini hasil usaha yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim dalam menyekat kemajuan di negara Islam.Thats Point!!!!!!!!!!!!!!

kesemua ini adalah taktik dan cara Amerika menguasai dunia. Amerika tidak suka jikalau ada negara Islam yang mempunyai potensi yang luas untuk berkembang maju. Maka dengan inilah, kita lihat semacam ada perkaitan yang kuat antara Anwar Ibrahim dan Amerika yang dikuasai oleh zionisme yang berfahaman Neo-conservatisme untuk menghancurkan Islam.

Penulis terkenangkan kata-kata Yusuf Al-Qardawi yang pernah menaruh harapan hanya kepada Negara Malaysia. Beliau mengatakan bahawa beliau tidak melihat satu negara Islam pun yang akan berkembang dari segi pelbagai aspek melainkan negara itu adalah Malaysia. Sehinggakan Beliau melabelkan Malaysia sebagai Andalusia Kecil yang akan meledakkan generasi baru yang gemilang.

Ingatlah saudara, landasan yang kita lalui ini adalah benar . Program seperti "Islam Hadhari" itu adalah agenda yang terbaik dalam memajukan umat Islam yang kini ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi. Sheikhul Azhar Dr. Sayyid Tantawi sendiri pernah menyokong konsep Islam Hadhari ini sehinggakan Sheikhul Azhar ini ingin membawa konsep ini ke semua negara Islam. Yang menentang Islam Hadhari ini hanyalah golongan picisan yang tidak memahami konsep hadaf dan matlamat Islam yang sebenarnya. Saudara, sedarilah, Malaysia adalah negara Islam yang mempunyai potensi dan karekter yang ideal untuk berkembang yang tidak dimiliki oleh negara lain.

Maka dengan inilah, Amerika tidak senang dengan kemunculan "harimau kecil" di Asia. Maka dengan inilah Amerika meletakkan proksinya dan menyanjung-nyanjung agen mayanya. Marilah kita bersatu menentang orang itu, Ketahuilah orang itu tidak mempunyai apa-apa. Yang beliau ada hanyalah air liur basi yang sunguh busuk untuk negara ini...


emang

1 comments:

SmartDeath said...

Teruskan menulis Bro..
Fuh..mantap!!!!!

semoga artkel macam ini disebarkan kepada rakyat
supaya rakyat tahu hal yg sebenarnya..

gud luck saudara!!!

Post a Comment

 
© 2009 | EMANG DA GALILEO |