KES NIZAR : GEMBIRA SESAAT CUMA




HAKIKAT KINI :
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengesahkan Nizar Menjadi MB Perak yang sah .

TERCATAT SEJARAH :
Nizar adalah satu-satunya Menteri Besar di dalam dunia yang mempunyai hanya enam kerusi dari 59. UMNO ada 27, MCA ada 1, DAP ada 17, PKR 5, Bebas 3 dan PAS ada 6.
Sejak tertubuhnya Malaysia, Baru pertama kali dalam sejarah ada orang menjadi Menteri Besar yang mana ADUNnya adalah MINORITI. Sedangkan MB itu hendaklah dan mesti dari kalangan yang ADUNnya adalah MAJORITI.

HIKMAH TERSIRAT :
Situasi ini adalah kemenangan sementara. Hikmahnya adalah untuk menghentam kata-kata Anwar dalam blognya yang mempertikaikan ketelusan Mahkamah tetapi mahkamah pula telah menyebelahi pihak mereka. Keputusan ini Mematikan hujah Anwar yang mengatakan Sistem kehakiman Negara tidak telus. Keputusan ini Mematahkan argumentasi Anwar yang mengatakan Negara Malaysia ini tidak ada Demokrasi. Keputusan bahawa Nizar menjadi MB adalah cerminan yang paling kukuh untuk mengatakan Malaysia ada Demokrasi secara telus.
Kejadian ini mengondem Anwar dengan kata-katanya yang retorik untuk memburukkan Malaysia.


APA AKAN TERJADI :
Akan berlaku UNDI TIDAK PERCAYA terhadap MB Nizar kerana pada masa ini kerusi DUN BN adalah 31, manakala DUN PR adalah 28. Ini akan menyebabkan Nizar akan berundur juga. Mau tidak mau, Nizar akan berundur juga. Situasi ini adalah SITUASI MEMBUANG MASA bagi Sebab status MB akan bertukar tangan juga. NIZAR akan berhadapan dengan UNDI MAJORITI apabila persidangan DUN bermula kelak. Namun situasi ini adalah HIKMAH untuk Malaysia siapa yang selalu berpolitiking dan siapa yang membela nasib rakyat yang sebenarnya.. KITA TUNGGU!!!!!!!

Emang Da Galileo _____________________________________________________________________________

AnWAR MELUDAH KE LANGIT

1. AnWAR tersentak dengan keputusan Mahkamah Tinggi mengesahkan DS Nizar sebagai MB Perak yang sah. Keputusan ini pasti memeningkan AnWAR untuk terus menyalahkan mahkamah yang tidak telus dan tidak adil dalam membuat keputusannya.

2. AnWAR sedar dengan majoriti 28 orang pembangkang dalam DUN Perak, bila-bila masa Perak bakal dirampas kembali BN apabila persidangan DUN diadakan kelak. Tambahan pula pembangkang perlu juga menerima keputusan mahkamah yang membenarkan DS Zambry, 5 exconya dan 3 ADUN bebas menghadiri sidang DUN. Dgn speaker di tgn BN, pembangkang bakal menemui jln sukar mengekalkan Nizar sbg MB.

3. Helah untuk mengekalkan sidang bawah pokok nanti bakal mendedahkan PAS, PKR dan DAP mengamalkan 'double standard' dalam menerima keputusan mahkamah. Maka taktik AnWAR adalah mengheret rakyat ke kancah p/raya semula sebelum sidang DUN Perak nanti.

4. AnWAR menerusi DAP dan Nizar sengaja mengajak rakyat ke kancah p/raya semula bagi menutup kelemahan pembangkang yg punya kurang majoriti di DUN Perak. mereka sengaja mengumumkan mahu p/raya semula sedangkan kuasa membubarkan DUN adalah hak mutlak Baginda Sultan Perak.

5. Tambahan pula dikhabarkan DS Zambry dan barisan exconya sedang meninggalkan pejabat masing-masing dengan aman dan penuh kerjasama. AnWAR mengharapkan MB dan exco BN ini melawan serta tidak mahu meninggalkan pejabat dgn aman, maka AnWAR akan 'spin' isu dgn katakan BN memang samseng serta tidak menghormati keputusan mahkamah.

6. AnWAR kini sedang berkahak dan meludah ke arah langit, dan kahak serta ludahnya bakal terkena di mukanya sendiri.......


4 comments:

SamsengJalanan said...

ini baru perlawanan CATUR sebenar!!!

matikan kuda untuk CHECK MATE guna benteng..

heheheh?

teruskan menulis bro!!!!

Antijk said...

Bermula dari 5 Febuari 2009, jumlah ADUN UMNO 27, jumlah ADUN DAP 17. PKR 5, PAS 6, MCA 1 dan 3 ADUN Bebas.

Itu pun dah cukup terang dan jelas akan 'suara rakyat' dan siapa yang sepatutnya menjadi Menteri Besar. Walaupun aku bukan orang UMNO tapi aku tak mudah ditipu oleh fahaman anwarisma wal juburi!!

Oleh kerana MCA berada di dalam Barisan Nasional, maka jumlah kerusi BN ialah 28 orang dan 3 ADUN bebas telah membuat pengakuan di hadapan Paduka Seri Sultan Perak bawa mereka bertiga memberikan sokongan kepada BN, menyebabkan kekuatan BN ialah 31 sedangkan Pakatan Rakyat ialah 28.

Bodoh sangatkah Paduka Seri Sultan Perak untuk membubarkan DUN? Ajaran demokrasi barat mengajarkan bahawa kelebihan satu undi juga dikira majoriti, jadi atas alasan apakah Nizar minta DUN dibubarkan? Siapakah Nizar dalam PR yang menjawat kedudukan yang sepatutnya disandang oleh Ngeh atau Nga?

Fahaman anwarisma al juburi membenarkan amalan lompat parti dan disokong oleh Mursyidul Am PAS setelah dijangkati oleh virus Erdogan kecuali Kapal Karam memandang kerja itu jijik dan hina.

Kalaulah pada 16 Sept 2008, berlaku lompatan oleh 30 ekor katak dari BN ke PR, sudah tentu kamu akan menyanjung dan mendewakan katak katak itu. Apakah kamu akan mengatakan berlakunya 'rampasan kuasa' sekiranya al juburi berjaya memenangi sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri, walapun dengan kelebihan 1 kerusi??

Jahat sungguh wabak presepsi yang disebarkan oleh virus A1N1 (Anwar Ibrahim Nombor 1) yang berpunca dari BABI (Brother Anwar Bin Ibrahim) yang bertopeng manusia.

Semoga Saiful Bukhari Azlan terus gagah dan tabah untuk menghantar al juburi balik ke Sungai Buloh bagi menghabiskan sisa umurnya di sana.... Amin!

Anonymous said...

Hari ini merupakan hari yang cukup malang bagi anwar attaturk. keputusan mahkamah tinggi yang 'cukup adil' memberikan semula kerusi menteri besar perak kepada nizar bintang tiga merupakan satu politikal setback yang menakutkan kepada beliau.

anwar sebenarnya mahukan keputusan itu 'berpihak' kepada dr zambry. inilah keputusan dan inilah game yang dia mahu.

kerana apa ? kerana apabila keputusan menyebelahi dr zambry, maka mudahlah untuk beliau 'menyediakan' satu alasan besar untuk beliau memberikan persepsi kepada public tentang ketidakadilan proses mahkamah sewaktu perbicaraan LIWAT pada julai nanti.

najib tun razak tersenyum sewaktu ditanya oleh wartawan tentang keputusan mahkamah hari ini. 'DONT OVER EXCITED' kata najib sambil tersenyum dalam buletin utama malam tadi. PENUH TERSIRAT GERAKAN BODY LANGUAGE BELIAU !

nizar bintang 3 akan menemui ajal politiknya. benarlah kata wahid kasran dalam artikel fantasia seksualnya 18 tahun lepas, melancap melemahkan minda. nizar bintang 3 merupakan 'pelancap politik' paling gila dalam sejarah melayu.

'membunuh 2 burung dengan satu batu'...inilah yang sedang berlaku. politik adalah permainan , politik adalah satu seni. bijak mengolah permainan, maka musuh yang leka akan masuk perangkap akhirnya.

anwar sudah menghidu 'bau-bauan' sel penjara sungai buloh. mimpi indahnya untuk melakukan spin politik terakhir pada julai nanti, telah direncatkan oleh nizar bintang 3 !

'NIZAR KENAPA KAU CEPATKAN KEMASUKAN AKU KE SG BULOH'!!!!...jerit batin anwar. tersiksa jiwa merana, melihatkan penjara sungai buloh bakal menyambut kepulangan anwar dari perantauan !!!!

lebih menakutkan anwar attaturk, apabila saiful bukhari sudah berani bermain acah-acah dengan anwar !

saiful sedang bermain catur dengan anwar. video ini adalah umpan untuk menakutkan anwar attaturk ... dengar kabar ada klip yang lebih sensasi akan dikeluarkan beransur-ansur...

cukup sadis melihatkan karier politik anwar attaturk dimatikan secara kejam..perlahan-lahan disiat kulitnya..akhirnya sang politikus durjana akan mati menderita.

aduh anwar,aku pasti kau bergetar dengan video klip pertama dari saiful ini !
http://www.youtube.com/watch?v=UcMQbsYCjhc



edited from

http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2009/05/keputusan-mahkamad-dan-klip-video-ini.html

Anonymous said...

Anwar "....keputusan ini adalah sangat tidak adil. Ini hanya menunjukkan mahkamah tidak telus dan berlaku campurtangan pihak UMNO dalam proses keadilan. Nizarrrr sepatutnya kekal sebagai Menteri Besarrrr. Dia masih belum lagi meletakkan jawatan, maka adalah salah untuk Zambry mengambialih jawatan Menteri Besarrrr Perak.

Kami di Pakatan Rakyat akan berjuang dan melawan habis-habisan sebarang kezaliman dan penafian keadilamn ..."

Seorang pembantu mencuit Brader Anwar Bin Ibrahim ditengah-tengah memberi kenyataan di sidang akhbar berkenaan krisis Perak.

"Apa? Ada apa? Sekejap tuan-tuan dan puan-puan ..."

Pembantunya membisik sesuatu di telinganya. Nizar menang dan bukan kalah. Dia memberitahu maklumat terbaru yang diterima. YB Brader Anwar Bin Ibrahim tersilap. Dia mengharap kalah kah?

"Tuan-tuan dan puan-puan, ini maklumat terrrbaru. Mahkamah tinggi telah mengumumkan keputusan dan Nizarrrr masih kekal sebagai Menteri Besarrrr. Alasannya adalah dia belum meletakkan jawatan dan hanya melalui undi tidak perrrrcaya baru dia diturunkan dari jawatan Menteri Besarrrr.

Say abagi pihak Pakatan Rakyat merasa amat gembira dan ingin mengucapkan terima kasih kepada mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di atas usahanya membawa reform kepada sistem keadilan mula membuahkan hasil. Syabas kepada pihak mahkamah di atas keberanian untuk menegakkan prinsip keadilan dan tidak gentarrrr dan lunturrr kepada tekanan dan usaha-usaha untuk menafikan keadilan. Kami di Pakatan Rakyat akan sentiasa menyokong usaha untuk membawa reformasi.

Kemelut ini saya salahkan kepada Dato Seri Najib yang terlibat dalam pembunuhan Altantunya ... "

Mesti balik ke Najib. Wajib.

Apa agaknya Brader Anwar Bin Ibrahim akan kata bila dibisik pula, Zambry mendapat perintah mahkamah untuk penangguhan sementara menunggu rayuan?

Wow! Bagi yang berbaring tengah jalan dan menyerbu pejabat Setiausaha Negeri semalam, keluar! keluar! keluar! ... syoh! syoh! syoh!
Nukilan Husin Lempoyang

Post a Comment

 
© 2009 | EMANG DA GALILEO |