Benih-benih Komunisme wujud dalam PAS?






Dr. Abdul Mu'ti Bayyumi, seorang pensyarah Akidah & Falsafah di kuliah Usuluddin di Universiti Al-Azhar Kaherah berkata " Berapa banyak sudah gerakan Islam hampir menang tetapi tewas di garisan penamat kerana tidak mengetahui falsafah. Sudah berapa kali gerakan Islam hampir berjaya namun kecundang di perlawanan akhir kerana tidak mengenali falsafah dan ideologi barat. Harus berapa lagikah gerakan Islam yang tersungkur di depan pintu syurga kerana matlamat mereka dipesongkan oleh falsafah barat. Mereka tidak mempelajari falsafah kerana anggapan mereka falsafah itu tidak berguna dan mengatakan ia adalah ilmu sekular. Dan ilmu sekular haruslah dijauhi kerana berasal dari orang kafir. Lantas Mereka kecundang dan kalah hanya dengan falsafah". Demikian syarahan beliau yang diberikan kepada studentnya termasuk penulis.

Penulis di sini cuba ingin membincangkan tentang falsafah Komunisme dan mengaitkannya tentang fenomena landskap politik yang berlaku di Malaysia.

Komunisme adalah satu falsafah yang berideologikan kepada fahaman untuk membentuk sebuah negara egalitary, masyarakat tidak berkelas,
memperjuangkan ketuanan rakyat serta kesamarataan dalam hak pemilikan, allegiance terhadap fahaman Marxisme-Leninisme.

Komunisme melahirkan satu fahaman sosialisme. Falsafah sosialisme adalah satu konsep yang mengatakan bahawa semua harta negara adalah milik rakyat. Pembahagian harta rakyat haruslah samarata dan adil agar semua orang berpuas hati. Pembahagian harta ini tidak didasari dengan kredit kerja malah orang yang kerja kuat pun sama sahaja hartanya dengan orang yang tidak bekerja. Falsafah ini telah menghancurkan ekonomi Islam yang bertunjangkan semangat berusaha.

Fahaman Komunisme menyatakan bahawa kepemilikan tanah dan total ekonomi dan politik adalah samarata kepada semua rakyat. Menurut sosialisme pebahagian kelas harus samarata. Pada prinsipnya semua harta direpresentasikan sebagai milik rakyat. Oleh karena itu, seluruh alat-alat produksi harus dikuasai oleh rakyat untuk kemakmuran rakyat secara sama rata.

Dalam falsafah Marxisme yang merupakan tunjang kepada falsafah Komunisme, menyatakan bahawa rakyat mesti menumbangkan kerajaan yang elit untuk mencapai masyarakat tanpa kelas, status
marhaen, proletariat atau bourgeois. Maka dengan ini, pemerintahan yang dikuasai oleh orang Islam boleh ditumbangkan jikalau rakyat kesemuanya berfahaman Komunisme Demikian lah fahaman yang terkandung di dalam teori dialectical and historical oleh Karl Marx.

Apakah PAS yang menyokong kepulangan Chin peng ini merupakan tanda-tanda bahawa PAS sudah dikuasai oleh fahaman komunisme?

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata, tidak salah sekiranya Chin Peng dibenarkan kembali ke tanah air. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub pula berpendapat, tidak ada salahnya untuk Chin Peng kembali ke Malaysia asalkan beliau sudah berubah dan bersedia mendokong perlembagaan. Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw meminta agar semua pihak terutamanya pemimpin kerajaan lebih bersifat memaafkan dalam isu kepulangan Chin Peng .

Persoalannya adalah, Apakah mereka ini tidak melihat kekejaman komunisme yang dibawa oleh Chin Peng? KLIK SINI Untuk melihat kekejaman komunisme terhadap bangsa Malaysia. Juga lihat kekejaman komunisme di serata dunia terhadap manusia KLIK SINI , mahu lagi? ambil ni DI SINI LAGI. Masih mahu? kau ambillah semua di sini DAN JUGA DI SINI.



Kenapa PAS pula menyokong DAP supaya Chin Peng dibawa balik ke Malaysia? Kenapa mereka beralasan bahawa Chin Peng juga mempunyai jasa dalam kemerdekaan Malaysia? Sehingga mengatakan bahawa Chin Peng juga pejuang Kemerdekaan? Sedarkah PAS bahawa Chin Peng merupakan tokoh Komunisme yang membuat kekacauan di negara ini ? KLIK SINI untuk melihat kembali sejarah tersebut. PAS seakan menyokong keganasan Komunis dengan mereka bersetuju dengan idea kepulangan Chin Peng ini. Untuk melihat Chin Peng bukan pejuang pembebasan pula KLIK SINI.

PAS sendiri tanpa disedari telah mengangkat martabat fahaman komunis dengan mengatakan bahawa Komunis juga membantu dalam memerdekakan Malaysia.
Para penyokong Chin Peng sejak tahun lalu cuba menghalalkan kepulangannya dengan menulis `sejarah baru' kononnya perjuangan PKM (Parti Komunis Malaya) dulu adalah perjuangan murni untuk membebaskan negara daripada penjajahan British. Kata mereka, Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan, sama dengan pejuang-pejuang kemerdekaan yang dulu berjuang secara aman. KLIK SINI.

Apakah Pas tidak melihat Nizar Bintang 3 (tokoh PAS) telah mengkomuniskan PAS? Bermula dari Perak, PAS sudah mula menyokong keturunan Chin Peng ini yang berasal dari Sitiawan. PAS mempunyai hubungan yang amat mendalam dengan Ngeh dan Nga serta semua pengikut komunis di negeri itu!
Para penyokong Chin Peng pula sejak tahun lalu cuba menghalalkan kepulangannya dengan menulis `sejarah baru' kononnya perjuangan PKM dulu adalah perjuangan murni untuk membebaskan negara daripada penjajahan British.

Khalid Jaafar merupakan aktivis PKR juga tanpa disedari merupakan golongan yang rapat dalam PAS juga pernah memakai baju Communist. Lihat gambar di bawah ini.


Untuk mengenali siapa Khalid Jaafar yang merupakan aktivis PKR ini, KLIK PULA DI SINI

F
ahaman komunisme mula menyerap ke dalam PAS apabila parti ini telah mengubah landskap asas politiknya daripada memperjuangkan Negara Islam (Hudud) kepada 'Negara Berkebajikan'. Apakah PAS tidak berfikir secara mendalam bahawa negara berkebajikan itu merupakan salah satu konsep dan manefestasi dari falsafah sosialisme yang bertunjangkan fahaman komunisme? Dan sedarkah mereka ideologi komunisme menafikan wujudnya Tuhan ? Apakah mereka tidak menyedari bahawa matlamat perjuangan akhir komunisme adalah menuju kepada atheisme (Kehidupan tidak bertuhan) ????

Sokongan PAS agar Chin Peng (ketua gerakan Parti Komunis Melaya) balik ke Malaysia menandakan wujudnya benih-benih kecil ideologi komunisme dalam PAS yang akan membenam nilai-nilai perjuangan asas PAS zaman dulu. Kenapa PAS kini semakin hilang nilai perjuangan Islam sehingga sanggup dicemari dengan fahaman Komunisme? Bukalah mata, janganlah kerana ingin menjaga member dalam politik, perjuangan asas lebur sama sekali hanya kerana ingin menjaga hati member. Apakah ini ideal untuk survival ketuanan Melayu-Islam? Anda tahu jawapannya!!!!







11 comments:

Philosophist said...

Fuhhhhh...

pembongkaran yang hebat..
teruskan menulis saudara!!!!!

Anonymous said...

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa terdapat beberapa kumpulan di negara ini dikesan cuba menghidupkan ideologi dan nilai komunisme. Katanya, gerakan itu dipelopori badan tidak berdaftar dan tidak kurang juga di kalangan parti politik.

sumber-Utusan Melayu

Rilex said...

klik sini utk melihat PKR ada kaitan dengan sosialisme dan komunisme

http://x-pkr.blogspot.com/2009/05/anwar-sosialis-dan-komunisme.html

Anonymous said...

SAUDARA, NAMA DIA YG PAKAI GAMBAR TU IALAH KHALID JAAFAR..

SEKADAR MEMBETULKAN..

YANG LAIN, ISINYA SANGAT HEBATTTTTTTTTTTTTTT !!

F.Aswan said...

salam ziarah

EMANG said...

terima kasih saudara anonymous..

terima kasih kerana menegur..hehehe

sya keliru antara 2 nama ni
Kamarudin Jaafar = PAS
Khalid Jaafar = PKR

Anonymous said...

Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng itu adalah rakyat Britain, berdasarkan fakta sejarah kelahirannya. Fakta mengejutkan itu didedahkan pakar sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim (Rujuk :Berita Harian
28 mei 2009)

Gedung Akal said...

Tuan,
1. Sama ada sosialis-komunis atau kapitalis-liberal SEMUANYA tidal betul kecuali Islam (bagi yang betul2 yakin Islam). Maknanya apa yang kita (kerajaan demokratik-nasionalis) di serata dunia termasuk MALAYSIA buat selama ini tidak betul seperti yang sebenarnya walaupun kita rasa sudah betul dan benar.
2. Pemikiran anak bangsa terjajah biasanya akan merujuk kepada pihak yang pernah menjajah mereka dalam pelbagai hal termasuk menentukan masa hadapan. Lazimnya kolonial bersepakat dengan fuedal tempatan untuk memperhambakan akal dan kudrat rakyat. Supaya rakyat kehidupan rakyat lebih berwarna-warni atau tidak monotonous, maka perlulah ada 'musuh' dan musuh bagi anak2 Tanah Melayu ialah komunis PKM - yang dihidupkan oleh penjajah dan berjalan pemikiran itu lebih setengah abad. Itu kejayaan penjajah bagi menghidupkan kebencian sesama manusia (pecah dan perintah).
3. Konsep Kebajikan bukan hak komunis - Allah jadikan manusia untuk memakmurkan muka bumi lalu diberikan rahmat dan kasih sayang yang patut diterjemahkan dalam hidup. Manusia perlu membantu dan menyokong sesama manusia agar hidup lebih berkat dan rahmat. Dalam Komunis tidak ada konsep ini dan amat bertentangan dengan konsep berkebajikan seperti yang dianjurkan ISLAM. Kita harap PAS berupaya menterjemahkan konsep itu dengan baik dan UMNO yang Islam perlu memperbaikinya dan kalau boleh dapatkan mileage politik di situ agar rakyat merasa bahawa UMNO juga faham konsep kebajikan Islam. Jika tidak rakyat hanya melihat PAS sahaja yang berupaya dalam hal ini dan usaha menunjukkan PAS asama dengan KOMUNIS adalah usaha yang sia-sia dan merugikan UMNO sendiri. Rakyat rata-ratanya sudah mampu berfikir dengan akal bukan emosi seperti yang masih difahami oleh UMNO masa kini.

Perlulah diteliti lebih banyak pemikiran besar dunia bagi penghujahan yang lebih matangagar tidak timbul kesimpulan yang 'simplistik'.
Silalah lawat blog saya : http://gedungakal.bologspot.com untuk asah akal secara bersama agar lebih kritis dan bertanggungjawab. Terima kasih.

EMANG said...

saudara gedung akal..

kritikan itu bukan bermakna kita membenci,
tp dgn kritikan lah kita dpt maju,
dgn kritikan juga kita dpt meluruskan landasan yg sedikit trpesong...

parti yg x mahu menerima kritikan adalah sebenarnya parti yg lemah dan kurang ketahanan jiwa..

jikalau saudara hanya katakan Islam, so, apa definasi sebenar Islam secara "jamik manik"?
jgn kaitkan Islam dgn fahaman saudara..
jikalau demikian fahaman asyaari, maturidiah, muktazilah,jabariah,syiah dll bukan termasuk islam jikalau mngikut frasa yg saudara kemukakan..so, whats da meaning of ISLAM fully?

saudara gedung minda,
DAP berjaya mempermainkan PAS apabila PAS menggantikan "negara Islam Hudud" kepada "negara bekebajikan" ..ini adalah satu bentuk keberjayaan org kafir.!!

"negara bekebajikan" memang ada unsur2 communisme. hak samarata dan negara tanpa kelas inilah yg diperjuangkan oleh communisme.

so, u know what i mean..

salam...

GOMO said...

SALAM BRO..
HANCURKAN KOMUNIS NI.
JEJAK KAKI JE CHIN PENG NI ALAMAT BERMANDI DARAH LAH...

Anonymous said...

situasi di Malaysia..

UMNO lemah, maka MELAYUpun lemah.
Jika MELAYU lemah, Agama ISLAMpun ikut lemah.
SEbab Orang MELAYU tu mesti beragama ISLAM...

siuasi begini, apakah PAS bpleh kuatkan ISLAM?
tidak sma sekali sebab PAS brsekongkol dgn DAP (anti-Islamic State)..!!!!!!!

pendekatan PAS melemahkan ISLAM!!!!

Post a Comment

 
© 2009 | EMANG DA GALILEO |