TANDA-TANDA ANWAR ADALAH SEORANG MUNAFIK




1. Anwar cuba mengatakan bahawa kes beliau adalah konspirasi kerajaan untuk menjatuhkannya. Kalau demikian, Tidak logiklah BN nak menggunakan modal yang sama untuk berbuat demikian. Ini menunjukkan hal ni adalah benar, dan ia berulang lagi, sebab memang hal ini (liwat) berlakupun.kalau tidak berlaku, mustahil ia dituduh untuk kali keduannya?

2. Tidak perlulah bersembunyi jikalau Anwar benar. Tapi kenapa beliau bersembunyi di kedutaan Turki? Sedangkan selama ini Anwar berani di jalanan menentang dasar kerajaan malah berhadapan dengan bermacam2 ancaman. Tidakkan lah bila kena ancam bunuh terus bersembunyi? Tidak masuk akal tiba-tiba berubah perwatakan…so, kenapa ia berlaku?

3. Beliau didesak oleh Mufti Perlis Dr.Asri zainal Abidin untuk Buat majlis sumpah di masjid negara disaksikan live oleh stesyen tv dan ulama2 dan juga NIK AZIZ sendiri. Kenapa beliau enggan berbuat demikian?

4. Kenapa beliau pula tuding kesalahan diri kepada orang lain setelah dirinya mula menampakkan kesalahan peribadi? Cuba menyalahkan kerajaan, cuba menyalahkan mahkamah untuk mengondem mahkamah bahawasanya mahkamah tidak betul supaya kesnya yang benar itu menjadi tidak benar hanya kerana premisnya yang mengatakan mahkamah salah…kalau mahkamah sudah dicakap tidak adil, maka siapalah lagi kita mahu percaya?? Siapa?? Sedangkan mahkamah terdiri daripada guaman2 yang berkaliber..kalau orang pandai dicakap bodoh, siapalah yang pandai lagi d dunia ni?

5. Saya percaya kelakuan seseorang itu dalam menghadapi badai adalah petunjuk kepada kebenaran (innocence) beliau dan juga keimanannya. Kenapa perlu lari ke kedutaan asing sebaik sahaja laporan polis dibuat jika tidak bersalah? Lelaki apakah ini yang membiarkan isterinya pula untuk memberi penjelasan kepada pihak media? Anwar Ibrahim sekali lagi menunjukkan ke"pondan"annya. Sama selepas dibuang jawatan dalam kerajaan dan UMNO, beliau telah menyebabkan negara huru-hara dan kucar-kacir. Hal ini juga sekali lagi berulang. Orang yang beriman akan bersabar dan menunggu proses perundangan untuk membersihkan nama dan diterangkan dari apa-apa kesalahan. Dalam hal ini, Anwar tidak meyakini Pertolongn Tuhan.Lantas inilah Yang menyebabkan Saya mengatakan Anwar tidak mempunyai keimanan yang tinggi dalam Islam yang sebenar.

6. Anwar Ibrahim dahulu terkenal dengan sikap dan sentimen ketuanan Melayu yang amat menebal. Tiba-tiba sekarang beliau adalah proponen untuk sebaliknya. Sekarang suda bertukar prinsip semata-mata untuk mengejar kepopularitian..Ini yang tidak istiqamah, nampak betul dia ni berubah-ubah.. Kamu pikirlah sendiri orang macam ni. Orang Yang sentiasa berubah perwatakan dan prinsip.

7. Anwar Ibrahim memulakan serangan terhadap Dr. Mahathir sewaktu tidak sabar mengambil-alih kuasa dengan menyahut slogan nepotisma dan kronisma. Serangan beliau dipatahkan apabila Dr. M mengeluarkan senarai pegangan saham syarikat-syarikat dimana ternyata Anwar Ibrahim dan keluarganya yang terbukti mengamalkan nepotisma dan kronisma.

8. Anwar Ibrahim telah disabitkan salah melakukan hubungan homoseksual tetapi terus menyatakan laporan perubatan, polis dan kehakiman yang berkonspirasi untuk mengada-adakan cerita. Kenapa beliau menyalahkan terus institusi polis dan kehakiman sedangkan institusi itu terdiri daripada professional yang bermaruah…sedangkan beliau juga menggunakan kehakiman untuk menyaman seseorang tertentu. Beliau telah menggunakan institusi kehakiman untuk mengklaim orang dan menyalahkan kehakiman untuk lari daripada kesalahannya.Nampak betul beliau menggunakan 1 medium untuk 2 tujuan. Dakwaan yang terlampau dilihat lucu oleh golongan akademik.

9. Anwar Ibrahim perlu tunggu dan lihat perkembangan siasatan daripada tuduhan terhadapnya. Tetapi kenapa beliau tergesa-gesa mengadu ini ke JAWI selangor?? Ini kerana tuduhan ke JAWI melibatkan 4 orang saksi..Seandainya kes itu berlaku tanpa 4 saksi dan tidak dilihat oleh 4 orang maka hal itu dimenangi oleh Anwar…Tetapi dalam al-Quran pula mengiktiraf tidak memerlukan 4 saksipun jikalau ianya ada tanda-tanda seperti kes zulaikha dan nabi Yusuf yang tidak ada sorang saksipun tetapi ada tanda terkoyak baju di belakang nabi Yusuf, lantas bukti ini yang tidak memerlukan 4 saksi diiktiraf oleh quran. So, DNA mahupun forensic diiktiraf oleh Quran dalam menentukan sesuatu kes…so, biarlah siasatan polis dulu…

10.Beliau ini mempunyai pengikut yg ramai, peribadi yang memberontak dan macam-macam lagi. Kita dapat melihat bahawa motif perjuangan Anwar Ibrahim ini berlandaskan kepada dendam dan dengan niat untuk membalas kembali dendam lamanya itu. Sekiranya beliau ini ikhlas dalam perjuangan, kita tidak teragak-agak untuk mengikut beliau dan mengangkatnya menjadi ketua. Namun jangan dilupa bahawa Anwar Ibrahim telah dicuba dalam menjalankan tugas sebagai Pemangku PM dahulu dan kalau dinilai pada waktu itu, Anwar gagal dalam mencari jalan penyelesaian dalam permasalahan pada awal kegawatan ekonomi pada masa itu.Dan sememangnya Anwar memang sentiasa gagal dalam pelbagai kes.

11. Bagaimana kita mahu mempercayainya lagi apabila jalan yg dipilih untuk menyelesaikan masalah itu dengan berhutang kepada IMF. Adakah perbezaannya sekarang ini sekiranya beliau menjadi PM? Saya rasa tidak. Dengan kes sodomi ini yg jelas beliau lakukannya tetapi dapat lari daripada kesalahannya itu membuktikan akhlaknya yg sukar ditafsir. Dengan pembawaan peribadi yg alim luarannya, namun tersimpan dark side of hin from the inside. Adakah dia cukup transparent untuk dipercayai? Cukup 10 tahun, beliau mengulangi semula cerita lampaunya dengan pembantu pelakon yg baru.

12. Beliau sanggup bersekongkol dengan orang yg mahu memusnahkan Malaysia pada 10 tahun yg lampau apabila menyerang Malaysia dengan ekonominya. Adakah kita mahu dijajah dengan pihak luar pula? Dr. M juga pernah mengatakan hal demikian. "Kalau Dr. Mahathir berbohong, Mahathir bersalah kepada anwar dan keluarganya sahaja, tapi kalau Anwar berbohong, Anwar berbohong kepada satu dunia"


13. Keadaan Malaysia sekarang ini sudah cukup huru-hara dengan kes pasal Anwar sahaja sehinggakan DYMM Agong dan Raja-raja turut terpaksa mencampur tangan dalam menenangkan rakyat yg gelisah. Ditambah lagi dengan Anwar yg saya anggap sebagai api dalam sekam. Perkara ini akan berlarutan selagi Anwar tidak menghentikan tindakannya memarakkan kemarahan rakyat dan Anwar tidak pull his act together. Kenapa tidak pemimpin2 ini berganding bahu dalam menjaga negara ini? Kenapakah mahu menghuru-harakan negara dengan fahaman politik mereka semata-mata?

14. Kenapa selepas Saiful buat aduan baru Anwar nak menyalahkan semua orang dari Ketua Polis sehingga Peguam Negara? Kenapa tidak buat aduan semasa sebaik keluar dari penjara? Bukan kah ini tanda dendam yang bahaya di jiwanya? kenapa jadi pengecut? Kenapa tak pergi terus kepada polis dan minta DNA dibuat segera?

15. Masa di Universiti, dia mengetuai demonstrasi. Dulu dia kata dia diracuni dengan arsenik. Tapi sekarang dia masih sihat. Lepas tu dia kata sakit tulang belakang pula sampai nak kena berubat di Jerman. Isteri dia kan doktor. Sakit tulang belakang pun tak tahu ubat ka? Sekarang ni pula dia kata ada orang nak bunuh dia. So, Cuba kita fikir-fikirkan sekali lagi perwatakannya dalam hal ini.

16.Mana Mungkin ada sesiapa yang waras mahu dikenali dengan cara ini, Saiful Cuma ingin mengadu dan mahukan haknya dan orang lain dijaga supaya jangan kerana dia berkuasa dia senang-senang buat apa sahaja. So, biarkanlah mahkamah yang tentukan.
Di dalam kes ini...atau sesiapa sahajalah ikut peribahasa Melayu " Tiada siapa akan mengaku berak tengah jalan.Anwar memang suda berak tapi tidak mengaku dia telah berak.

17. Saya tidak pernah nampak Anwar memperjuangkan hak-hak orang melayu dengan ikhlas. sama ada diawal pembabitan beliau dalam politik sehingga la sekarang. semua tindak tanduk hanya menjaga kepentingan politik beliau. bukan memperjuangkan melayu, juga mungkin sanggup menjual bangsanya sendiri asal hasrat politiknya tercapai. ''Sanggupkah kita melihat negara menjadi porak-peranda hanya disebabkan Anwar mahu jadi popular??”

18.. Anwar secara terang-terangan memberitahu yang beliau akan memansuhkan DEB
dan sistem kuota untuk diganti dengan sistem meritokrasi sedangkan kedua-dua sistem itulah yang berjaya meletakkan orang Melayu pada kedudukan sekarang.kenapa beliau menentang konsp yang telah berjaya memajukan bangsa kita? kenapa?????

19.Anwar Ibrahim menuduh Perdana Menteri Kevin Rudd membelakangkan prinsip hak asasi manusia untuk tujuan politikberasaskan realiti.Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd menyifatkan sistem demokrasi bukan sahaja diamalkan di Malaysia. tetapi terus tumbuh subur. Sikap anwar yang begitu benci kepada mereka yang memuji Malaysia. beliau mahu Malaysia sentiasa dikutuk untuk beliau naik kepimpinan..taktik yang sebegitu jahat dan kotor..


20. Anwar memang berjaya menghitamkan nama Tun Dr.mahathir di Amerika Syarikat dan Eropah, tetapi juga di negara-negara Islam. Mereka semua fikir Mahathir mencampakkan beliau ke penjara atas sebab-sebab politik.Padahal pencampakkan beliau ke penjara adalah berkaitan dengan pribadi beliau.

21. Anwar selalu cakap mahu demokrasi, Dan mengatakan orang lain tidak demokrasi..so, kenapa dia tidak menggunakan demokrasi secara telus melalui pilihanraya, tetapi dia guna reformasi (demonstrasi)pula..ini yang cakap tidak serupa bikin..salah satu tanda2 munafik.Gunakan demokrasi bukannya demonstrasi.kalau demokrasi, bertanding dan berkempenlah, bukan demonstrasi jalanan yang tidak bermaruah.

22. Dulu masa kempen dia nak jatuhkan harga minyak (anwar dulu janji kalau naik kasi turun 2 rm, skrg ni 0.50..penipuan..janji x ditepati). Harga RM2.20 seliter berkenaan ternyata jauh lebih tinggi daripada harga minyak RM1.92 seliter semasa Anwar membuat janji menurunkan harga minyak semasa kempen pilihan raya umum Mac lalu, terbukti kaedah Anwar amat lucu dan seakan hipokrit, dengan bercadang mengurangkan harga minyak negara dengan menurunkan kadar rizab kuasa Penjana Kuasa Bebas (IPP) daripada 40 peratus kepada 20 peratus dengan harapan kerajaan boleh menjimatkan wang sebanyak RM2 bilion.

23. Dr.Asri (mufti perlis) suruh besumpah.. Anwar letak syarat,so, tidak jadi bersumpah..syaratnya dia mahu ulama2 muktabar dari luar negara.. ingat tidak ada ulama dalam negara kah? terlampau ingin menjauhi untuk bersumpah.. padahal hukum bersumpah berjalan sah walaupun pada ulama tempatan..kenapa dia letak syarat???Beliau memilih cakap mufti perak harussani supaya jangan besumpah. kalau benar dia betul, bersumpah saja lah..tetapi beliau buat aduan lagi pergi JAWI minta 4 saksi..kenapa tergesa2? padahal kes ini masih dalam siasatan polis pun, belum tentu dia benar atau salah, masih siasatan..bagi orang akademik, DNA adalah salah satu daripada saksi yg kuat, so, kajian DNA boleh mengesahkan seseorang itu benar atau salah.. DNA juga termasuk daripada 4 orang saksi...DNA tidak menipu, kenapa perlu dirisaukan.manusia boleh menipu, doktor boleh menipu sebab kawan ataupun sahabatnya atau dll....


24. Namun jika takut juga dianiayai dalam kes DNA ni, kemungkinan dimanipulasikan,
tak ada masalah pun jika hendak dilakukan dengan kehadiran doktor sendiri. datangkanlah ramai2 orang tengok, tidak ada masalah..biar ada beberapa orang yang melihat DNA itu di bawah ke mana dan d mana supaya tidak ditukar..tidak ada masalah..so, ambil DNA lah..Zaman sekarang suda berubah, orang mengunakan forensik untuk menentukan bukti, zaman dulu mana ada teknologi, so, orang menggunakan saksi manusia..sebab dulu manaada teknologi yang ada hanya manusia. So, tidak mahu ambil DNA adalah salah satu tanda beliau bersalah…

25. Hubungan rapat Anwar dengan kuasa asing seperti Amerika Syarikat (AS) dan Singapura yang mendesak aku katakan bahawasanya Anwar adalah bahaya untuk Negara.Cuba bayangkan apa akan berlaku sekiranya Anwar memerintah. Semua orang tahu yang dia ada hubungan dengan individu tertentu seperti Paul Wolfowitz. negara Amerika telah menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Anwar yang bermotifkan politik. kita Malaysia belum ambil tindakan pun, baru nak siasat, Washington sudah ingatkan kita jangan ambil tindakan belum ada apa-apa bukti kata Anwar bersalah, pasal apa yang Anwar bising gelabah seolah ada bukti dia bersalah??? Amerika Syarikat (AS) Sean McCormack mencampuri urusan Malaysia dalam isu penahanan Anwar. Jikalau amerika suda mencampuri urusan dalaman sesebuah negara, maka negara dilanda krisis antarabangsa yang tertakluk di bawah PBB, yang akan mengheret malaysia ke kancah pergolakan politik sedunia seperti apa yang berlaku di iraq apabila saddam diheret ke kancah antarabangsa.'Kalau kita teliti kenyataan McCormack, dia sarankan agar kita adil, saksama dan ikut undang-undang tp perkara ini ikut undang-undang sedia ada di negara kita, jadi kenapa juga dia mesti bersuara sedangkan sudah sedia ada undang2.. ini kerana suara itu akan sentiasa dimanipulasikan oleh permainan retorik antarabangsa, sama seperti permaianan retorik "terrorisme terhdap islam”.

26. Paul Wolfowitz (rakan Anwar) buat kenyataan serentak sama waktunya dengan dia buat kenyataan. Kenapa ini berlaklu?adakah ini ada perkaitan yang kuat untuk melihat kelemahan Malaysia? atau bagaimana?Lu pikiq lah sendiri!!!kalau begaduh adik beradik dalam satu rumah, kita harus selesaikan di dalam rumah.Tidak perlu heboh-heboh di luar rumah.Ini akan menyebakan petelingkahan membawa padah..zaman dulupun membuktikan perebutan kuasa adik beradik untuk merebut Raja sanggup meminta bantuan luar (Inggeris) untuk menang sendiri..tetapi kesannya, kita dijajah!!!! dari segi material dan spiritual.. kini, Anwar bercakap d forum2 antarabangsa, di station tv terkenal BBC, CNN di eropah dan di amerika yang mengatakan Malaysia tidak ada demokrasi.memburukan Malaysia Jikalau Malaysia tidak ada demokrasi, Polis Dunia (Us) berhak campurtangan, sebab Negara kita termaktub dalam undang-undang PBB sama seperti ketidakadaan demokrasi pada zaman saddam.

27. So, kenapa anwar minta bantuan luar?Anwar terlalu banyak menyokong NGO-NGO dalam negara..sedarkah kamu bahawasanya suara NGO-NGO ini menjadi alat bantuan untuk amerika memasuki sesebuah negara?dari segi HINDRAF, kesamarataan, persatuan2 NGO lain semua mengklaim tentang ketidakstabilan pimpinan negara.maka inilah peluang Amerika mencari point untuk menghancurkan sesebuah negara tersebut..
orang kafir tidak sesekali melihat senang jiklau islam berada di atas..jikalau NGO kuat, boleh hancurkan kerajaan.sama seperti saddam hussein..janganlah kerana kita fanatik pada pendekatan populis seorang menyebbakna kita mengadaikan beberapa nyawa..
dalam kaedah fiqh, korbankan satu nyawa untuk menyelamatkan beribu2 nyawa..

28. Anwar mengutuk Dr. Abdullah Ahmad Badawi sentuh perempuan, "hadari sana hadari sini, sentuh sana sentuh sini"....kini aibnya pula terbongkar, malah bukan sentuh, lebih daripada itu (liwat). Cuba fikir, betapa baik dan tenangnya Pak Lah tu, sehinggakan digelar "Mr.Nice guy". Beliau pada permulaan memegang tampuk pemerintahan, beliau kasih bebas mahkamah dari cengkaman [politik, lantas anwar ibrahim pun terlepas dari penjara. Pada masa itu ada beberapa tokoh yang tidak bersetuju,tetapi Abdullah tenang mengatakan bahawasanya beliau tidak bermusuhpun dengan anwar..beliau naik kepimpinan pada waktu itu, beliau terus menghapuskan rahsuah. kini, orang2 yang suka rahsuah pula membenci Pak Lah..Pak Lah mengubah laluan utk rakyat bersuara, kini media massapun sudah pandai mengutuk Pak Lah, kebebasan akhbar telah dibebaskan oleh Pak Lah yang pernah disekat sebahagian pada Tun M dahulu..

29. Pak Lah melaksanakan konsep Islam Hadari untuk membangunkan umat islam dalam bidang teknologi yang tidak hanya pada ibadah ritual semata2, orang cina dan india yang fanatisme memainkan isu ini dan menentang Islam hadhari, lantas PAS juga menentang pendekatan yang murni ini. Anwar juga menentang konsep Islam Hadhari...Pas pula mengatakan bahawa konsep Islam Hadhari ini adalah islam baru...Masalahnya dalam konteks relevannya, bukan baru dan tidak baru, tetapi inilah KONSEP yang dilihat dapat memajukan Islam yang kini mundur darui pelbagai aspek...inilah ALAT untuk memajukan umat Islam di Malaysia..Sheikhul Azhar juga menyokong Islam Hadari..so, Anda siapa untuk menentang hal ini sedangkan Ulama Azhar menyokong pendekatan ini dengan mengatakan inilah konsep yang seharusnya dilaksanakan oleh umat Islam masa kini.?


30. Kini Anwar terlupa dan tidak mengenang budi kepada Pak Lah yang melepaskan belia daripada tahann ISA..Suda dikasi lepas tu, buatlah cara baik dan bertamadun..ini tidak, pergi mengutuk buat ceramah di merata2 tempat..manusia yang tidak mengenag budi dan hanya ingin menjadi popular..manusia sebegini tidak harus wujud di Bumi Malaysia yang tercinta.Manusia yang mengucar kacirkan landskep sudut pandang rakyat Malaysia.Anwar patut dibuang negara sebab langsung tidak membawa apa-apa kebaikan untuk malahat rakyat Malaysia.


31. Dalam debat tempoh hari, Anwar Ibrahim tidak mengemukakan satu formula pun untuk mengurangkan harga minyak. Padahal sebelum tu beliau mahu mengajar kerajaan menurunkan harga minyak dengan nada yang menyindir dan egoistic...malah debat tempoh hari lebih banyak hujah yang disampaikan oleh shebry cik berbnding anwar menggunakan pendekatan populis.. Pandai bercakap dan mempolitikkan sesuatu isu tetapi tidak pernah mengemukakan sebarang cadangan bernas dalam menanganinya seperti kenaikan harga minyak di pasaran global sekarang.

32. Apakah yang menyebabkan Anwar mengatakan Malaysia tidak ada demokrasi ? Ini bukti yang menunjukkan Anwar telah menipu dan berbohong kepada rakyat hanya kerana beliau ingin menjadi popular :
1. Akhbar seperti MalaysiaKini pun sampai pernah mengutuk Pak Lah sendri..Tapi kenapa Pak Lah Tidak sekat? Ini menunjukkan Pak Lah berdiri atas tunjang demokrasi terpimpin.
2. Debat dibuka secara meluas..Ini menunjukkan dasar keterbukaan kerajaan.
3. Anwar dibebaskan..
4. Harakah dikasi jalan, x ada sekatan..
5. Tv3 sampai pernah bicara kutuk kerajaan ..
6. Dewan parlimen yang tidak pernah dipertontonkan di Tv pada zaman Tun Mahathir, kini suda dipertontonkan di tv,so, mana penyekatan????
7. Blog mengutuk kerajaan lebih berkali ganda berbanding blog pro kerajaan
8. Fitnah, maki memaki, kutuk mengutuk kerjaan terlalu banyak di YouTube, Blog, Friendster dan sebagainya.


33. Anwar hanya pandai berkata-kata dan bermain retorik untuk meyakinkan rakyat bahawasanya kerajaan sekarang tidak bagus..beliau menggunakan pendekatan populis dan tidak menggunakan hujan dan bukti yang emprikal dalam pembawaan ceramah-ceramahnya, blog mahupun diskusinya. bagi orang yang educated dapat mengenali taktik dan pendekatan Anwar begitu retorik dan tidak berdiri d dunia nyata.hanya pandai berteori tetapi tidak berdiri di alam yang nyata..

34. Anwar berganjak-ganjak daripada teras dan prinsip perjuangannya. Kita tengok DAP, mereka tidak berganjak-ganjak daripada teras perjuangannya iaitu Malaysia Malaysian, UMNO pula memperjuangkan Melayu dan Pas memperjuangkan Islam. Tetapi Anwar sering berganjak-ganjak bergantung kepada ‘pasaran’..salah satu tanda munafik..Kalau kita masih ingat PKR ini diisytiharkan sebagai parti berbilang kaum yang asasnya Melayu sehinggakan mereka mendapat sokongan kuat daripada kakitangan kerajaan dan pertubuhan Melayu seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Tetapi akhir-akhir ini perjuangan itu sudah hilang yang tinggal hanya ‘Parti Keadilan - parti berbilang kaum’. Ini berlaku semenjak Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari penjara apabila beliau tidak lagi menyebut soal parti berteraskan Melayu tetapi kini sudah bercanggah.

35.. Beliau juga memainkan sentimen perkauman yang kuat untuk menarik kaum Cina sehingga orang melihat DEB inilah punca rasuah.Anwar memainkan isu DEB kerana politik bagi mendapatkan undi-undi bukan Melayu, semua ini bersifat perkauman. Beliau sanggup melanggar garisan sedangkan DEB adalah satu dasar penting negara untuk Melayu dan bangsa-bangsa lain. Kalau beliau mempunyai semangat kenegaraan, beliau tidak akan berbuat demikian. Tetapi beliau melanggar garisan ini semata-mata untuk mendapat undi bukan Melayu. PKR kata mereka parti berbilang kaum tetapi mereka mengamalkan politik perkauman bagi meraih undi.


Mafhum Firman Tuhan :
"Sebahagian manusia tu ada yang engkau taajub dengan pandangan dan kata-katanya di dunia lantas diperlihatkan oleh Allah tentang hatinya bahawasanya dialah penentang agama yang keras"


Mafhum hadis nabi :
4 tanda munafik : Bila bercakap , dia berbohong. Bila dia berjanji, dia tidak tepati , bila dibagi amanat, dia tidak laksanakan. Bila dia bergaduh, dia berhabis-habisan.

(Dia berbohong mengatakan beliau tidak melakukan kes tersebut, beliau berjanji turunkan harga minyak 1.95 tetapi terbongkar masa debat dia mo turunkan hanya 0.50, bila dia pegang menteri kewangan dan pendiikan, dia tidak melaksanakan amanat sebaik mungkin, tidak ada perubahan, bila dia begaduh, dia berhabisan, kini, lihatlah sekarang tentang pegaduhannya )…

Berfikirlah dengan nilai intelek dan matang. Janganlah kerana kita melihat perwatakan seseorang itu lantas terus kita katakan bahawa beliaulah pemimpin Islam. Ini menyalahi prinsip akademik. Berdirilah atas pagar untuk melihat kerana pemilihan antara di sebelah dan di siring menyebabkan kita buta untuk menentukan mana yang baik dan yang buruk..

Semoga Allah meletakkan kita ke dalam golongan yang diberikan penglihatan yang terang dan bercahaya..

Kita memang disuruh untuk menutupi aib sesama kita, tetapi jikalau dia melibatkan proses pemilihan masyarakat, dan masyarakat terlibat dalam proses pemilihan seseorang pemimpin, lantas menyebabkan kehancuran bagi masyarakat, maka satu orang harus dikorbankan untuk menyelamatkan ribuan jiwa..konsep dalam qawaidul fiqh..

Saya cintakan UMNO dan PAS (sebahagian pemimpin)…Biarlah kedua parti ini wujud di bumiku tercinta..Biarlah mereka bersatu…kalau tidak bersatupun, biarlah menjadi adik beradik yang saling tampung menampungi..kalau tidak pun, biarlah PAS menjadi pembangkang untuk menegur UMNO jikalau salah dan menyokong UMNO jikalau benar. Jangan pula PAS menentang perkara-perkara dan dasar-dasar kerajaan yang baik, kerana menentang yang baik itu adalah sifat Syaitan.Ingat lah bahawa pembangkang yang pertama di muka bumi adalah Syaitan. Janganlah tiru sifat syaitan ; Membangkang!!!


3 comments:

Parpu Kari said...

AL JUBURI WAL LIWATI NI MEMANG HARAMJADAH PUNYA, HANYA MELAYU SESAT JE AKAN SOKONG SI JUBURI NI!

TERUSKAN MENULIS SAUDARA...

EMANG said...

ok parpukari..

no hal...

ko juga..

TRUEMAN said...

Kita tengok jee bukti kalau satu dunia nak jatuhkan BN yang membawa kemakmuran dalam Negara, membangunkan Islam sehingga harum satu dunia, satu-satu Negara yang belum dirosakkan oleh usa dan yahudi....tentu ada sebabnya. Kalau kristian sedunia, yahudi sokong anwar agak-agak apakah sebabnya???? Adakah depa peduli akan rasuah? adakah mereka peduli akan penduduk Islam??? Bacalah sejarahhh dunia... Inilah bukti anwar tu bahayaaaaaa....

Post a Comment

 
© 2009 | EMANG DA GALILEO |