MELAYU = ISLAM



SIAPAKAH MELAYU :
Melayu adalah orang beragama Islam, berbahasa melayu dan mengamalkan
adat istiadat melayu.

KONTEKS UTAMA :
1. Islam 2. Berbahasa Melayu 3. Adat Istiadat Melayu

NATIJAH:
Definasi ini telah menetapkan bahawa setiap BANGSA MELAYU itu mesti BERAGAMA ISLAM.


KESAN :
Memperjuangkan bangsa melayu secara automatik memperjuangkan Islam kerana melayu itu beragama Islam.

HURAIAN :
Seandainya seorang melayu itu telah keluar daripada islam, maka title melayu telah tercabut dan hilang pada dirinya. Orang yang berbangsa melayu yang murtad itu akan menjadi orang bukan melayu.

Definasi "melayu" ini satu satunya wujud pada bangsa melayu.
Satu-satunya Bangsa yang mendefinasikan dirinya sebagai ISLAM.

Jikalau dikatakan apa bangsa arab? mereka pasti mengatakan bahawa bangsa arab adalah mereka yang berbangsa arab yang bercakap bahasa arab yang hidup di kepulauan arab di timur tengah mahupun sebahagian afrika dan timur.

Orang arab nasrani (kristen) juga dipanggil orang arab walaupun mereka bukan islam.

Hanya melayu sahaja yang menggunakan definasi bahawa setiap melayu itu adalah islam.

perjuangan bangsa untuk mengangkat martabat bangsa dalam bidang politik, ekonomi dan sosial dalam menempuhi dunia globalisasi ini adalah bukan perjuangan asabiyah sempit, tetapi ia merupakan satu perjuangan yang suci. Hal ini kerana ia memperjuangkan Islam yang ditunjangi oleh bangsa melayu.

Ramai penganalisa politik dunia mengatakan bahawa dunia kini memandang berat kepada kuasa di sebelah timur. mereka tidak memerhatikan bangsa jepun , china mahupun india, tetapi memerhatikan bangsa melayu kerana melayu mempunyai potensi untuk maju dan berdaya saing di dunia.



BUKTI:
Artikel 160 Perlembagaan Malaysia.

Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura.

Kewujudan Perkara 160 (2) yang berkaitan dengan pemberian hak-hak istimewa ini perlu dilihat dan difahami daripada perspektif sejarah.



FAKTA INI MENUNJUKKAN PERJUANGAN UMNO ADALAH MURNI DAN SUCI

FAKTA INI MENUNJUKKAN PERJUANGAN UMNO BUKAN BERDASARKAN ASSABIYAH SEMPIT TETAPI PERJUANGAN ISLAM YANG SEBENAR

FAKTA INI MENUNJUKKAN BAHAWA UMNO MEMPERJUANGAN MELAYU ISLAM SEKALIGUS MEMAJUKAN MALAYSIA DI DUNIA

0 comments:

Post a Comment

 
© 2009 | EMANG DA GALILEO |