NAK JADI PM JENIN MALAYSIA

Kalau nak jadi P.M. ala-PKR, sila ikut 'tips' berikut:
1. salahkan semua Jabatan - Polis, FRU, Jab.Peguam Negara, PM dan TPM, semua mentri, Kehakiman, mahkamah, Imam Masjid.
2. Tak harus masuk 'lock-up' bila ditahan dan disoal, nanti sakit belakang bila bermalam dalam lock-up. (Katil dan tilam harus disediakan).
3. Orang lain lah bersumpah; diri sendiri tak perlu bersumpah apa-apa. Diri sendiri betul; percayalah.
4. 'Islamic state' tidak akan menjadi satu agenda utama. Nanti USA tak suka.
5. Harus mendapat jawatan-jawatan di Institusi-institusi yang berpengkalan di Washington, USA (dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya); mudah berjumpa dan berdiskusi berbagai agenda dengan rakan-taulan di sana. Kalau berkomunikasi dari M'sia, nanti ada orang intip pulak. Susah.
6. Letakkan ahli keluarga di dalam Parlimen; senang disuruh-suruh bercakap bagi pihak dirinya atau boleh disuruh letak jawatan bila-bila masa,untuk beri laluan kepada diri. Perempuan lagi senang disuruh-suruh.
7. Menggalakkan 'demonstrasi jalanan' dan tunjuk-perasaan sesuka hati; tetapi bila 'pengikut-pengikut' setia akar-umbi buat hal dan tak terkawal perasaan dan fe'el mereka (lalu hentam orang), diri sendiri buat-buat 'terkejut'.
8. Bila kemungkinan ditangkap, lari sebentar ke kedutaan mana-mana. Tak susah, call aje. Kedutaan tak ajak pun takpe. Kata aje pada media, diri "dipelawa"; biar media hebohkan cerita tu dulu. Bila fakta sebenar menyatakan Kedutaan TAK ajak pun,cerita dongeng 'ada cubaan bunuh' dah tersebar pun.Biarlah nama pemerintah tercemar; nama diri bersih pada pandangan dunia luar.Itu penting.
9. Kebal dari cubaan 'bunuh ke atas diri' bila pergi berkempen dan berceramah di khalayak ramai;(masa lari ke Kedutaan, belum kebal lagi)
10. Label 'semua' insiden sebagai "konspirasi", supaya rakyat keliru. Sendiri ada konspirasi, biar rakyat tak tau. Tak payah tau.
Tak susah pun nak jadi P.M........

0 comments:

Post a Comment

 
© 2009 | EMANG DA GALILEO |